23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Cara Handle Anak Mengamuk Tak Ingat Dunia Sampai Baling Barang


Situasi anak mengamuk dan baling barang pasti pernah dan sering dilalui oleh para ibu bapa di luar sana. Pening dan cuak dibuatnya apabila anak mengamuk sehingga menggangu ketenteraman orang awam.

Pelbagai cara sudah dilakukan tetapi tetap juga tidak berjaya. Macam mana nak hentikan? Ikuti cara handle anak mengamuk yang dikongsi oleh Dr Redza Zainol di laman Twitternya. Barulah tak kalut!

Baca juga: Bahaya Dedahkan Anak Dengan ‘Games Roblox’, Rupanya Banyak Selit Unsur Seksual!

CARA HANDLE ANAK MENGAMUK TAK INGAT DUNIA

Cara Handle Anak Mengamuk Tak Ingat Dunia Sampai Baling Barang

“Ada tips tak cemana nak handle toddler bila ngamuk baling barang dan gigit orang tak?”

Pertama sekali, kita fahamkan dulu anak usia 2 tahun ni masih dalam fasa ARE, iaitu:

i. Autonomous Decision – mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata kata kita.

ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ‘emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang

iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi.

1654070737 539 Cara Handle Anak Mengamuk Tak Ingat Dunia Sampai Baling Barang

Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu. Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni.

MAK AYAH KENA BUAT PERKARA NI

1654070738 213 Cara Handle Anak Mengamuk Tak Ingat Dunia Sampai Baling Barang

Sementara tu, saya kongsikan satu-satu apa yang perlu dibuat. Tugas mak ayah ialah:

– Bertenang dan tak marah pada anak.

– Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal.

Contohnya, tangan.

– Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar.

Contohnya: tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan.

1654070739 657 Cara Handle Anak Mengamuk Tak Ingat Dunia Sampai Baling Barang

– Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries).

Contohnya: memukul itu tak dibenarkan dan tak boleh baling barang.

– Ulang semula fungsi tangan. “Hand is for you to eat, to drink, to draw.” 

– Pantau konten rancangan TV/ gajet yang anak lihat. Ia satu proses yang memakan masa tapi inilah tertib mendidik anak yang sesuai mengikut usia.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol







Sumber: siraplimau.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI