Asyik beli kacang goreng kat kedai je. Baik buat sendiri! Follow je resepi mudah buat kacang goreng rangup dan berlemak ni. Kunyah-kunyah sambil tengok movie, boleh tak sedar habis sebalang tau! Simple sangat cara penyediaanya. Jom try!
Korang yang suka makan kacang goreng kena cuba resepi ni. Kacang goreng yang ada kat luar tu, mungkin berbeza sikit dengan resepi ni. Kacang ni akan di masak dengan santan dan kemudiannya di goreng semula dengan hirisan bawang putih dan daun kari.
Rasa kacang ni memang berlemak sebab telah di masak dengan santan. Korang tak akan muak nak makan. Kacang ni juga sesuai di hidangkan buat tetamu di majlis kenduri kendara. Letak je atas meja, once nak ngunyah sambil borak, boleh makan kacang.
Kacang goreng macam ni memang sedap di makan sambil memandu jalan jauh atau buat kerja office. Hilang nagntuk di buatnya. Simpan stok kat meja office korang nanti. Bosan-bosan boleh ngunyah. Takde lah ngantok masa buat kerja nanti.
Aroma kacang ni memang wangi sebab di goreng dengan bawang putih dan daun kari. Boleh buat gudis orang kawen atau buat jualan juga. Jom kita lihat step by step cara penyediaan kacang goreng yang di kongsikan oleh Cik Puan Norazila Jowail ni. Confirm puas hati dengan hasilnya.
RESEPI KACANG GORENG RANGUP DAN BERLEMAK
Kacang yang sesuai di gunakan untuk buat kacang goreng ni adalah kacang besar atau kacang tanah. Nak guna santan kotak pun boleh. Kat bawah ni antara bahan-bahan yang diperlukan. Jom try!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kacang besar
- 2 cawan Santan pekat
- 3 cawan Air (agak-agak terendam kacang tu)
- 5 ulas Bawang putih
- Daun kari
- Garam 1/2 sudu
CARA PENYEDIAAN KACANG GORENG :
▶️ Basuh kacang dan toskan.
▶️ Kemudian, masak dengan bahan di atas sampai mendidih. Lebih kurang 20 minit macam tu.
▶️ Angkat toskan biar air santan kering.
▶️ Kemudian, goreng dengan hirisan bawang putih dan masukkan pula daun kari. Jangan lama sangat agak ke kuningan bawang putih dah garing.
▶️ Angkat dan toskan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Lopes Untuk Minum Petang. Try Cara Ni, Memang Jimat Dan Pantas. Sedap Pulak Tu!
Siap! Korang boleh masukkan dalam balang yang kedap udara. Buat banyak pun takpe! Memang korang akan ketagih nak makan kacang ni nanti. Lepas ni tak payah beli kat luar lagi. Dah tahu cara buat kacang goreng yang sedap, rangup dan berlemak kat sini.
Save resepi ni siap-siap! Raya haji nanti boleh letak kat meja. Time menyembang panjang, boleh ngunyah kacang tanpa perlu buka kulit. Raya puasa pun bukan main meriah lagi, mesti tak puas nak raya kan. Kita sambung raya haji ni pula.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norazila Jowail kerana sudi berkongsi resepi kacang goreng rangup dan berlemak ini di Facebook. Ramai yang suka resepi ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.