Bahan A :
- 2 cwn tepung gandum
- 1 sdt baking powder
- 2 sdt soda bikarbonat
* Ayak semua bahan diatas *
Bahan B :
- 1 1/2 cwn pisang emas yang dilenyek
- 1 cwn minyak jagung
- 1 cwn gula pasir
- 3 biji telur
- 1 sdt esen pisang
- 2 sdb susu pekat
- 1sdu teh garam
- 1 sdt perahan limau nipis
- 2 sdb serbuk koko (Optional)
CARA PENYEDIAAN KEK PISANG GEBU :
▶️ Kisar semua bahan kecuali pisang sehingga sebati (nak kisar sekali pun boleh)
▶️ Satukan bahan A dan bahan B, gaul hingga sebati.
▶️ Masukkan pula 3/4 adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak.
▶️ Kukus selama 20 minit, sukatan ni dapat menghasilkan 40 biji apam pisang.
▶️ Kalau guna acuan besar kukus dalam sejam macam tu.
BACA JUGA : Resepi Laksa Ikan Sardin Viral Ala-Ala Asam Laksa. Fuhhh Sedap Sangat. Patutlah Ramai Yang Suka!
Siap untuk dihidang! Mudah, cepat dan sedap. Korang nak hidang kek ni untuk raya haji pun boleh tau! Kek ni kena buat guna kek pisang emas sebab lembut dan manis rasanya. Kalau guna pisang lain, mungkin sedikit berbeza rasa dan teksturnya.
Untuk pengetahuan, Cik Puan Qasih Jue Aisya ni memang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Semua nampak sedap-sedap belaka. Next time kita boleh try buat bakso pula. Resepi bakso yang beliau share tu viral 3k tau. Ramai yang share resepi tu.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kek pisang kukus yang gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.