23.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan. Sedap, Rangup Dan Pedas-Pedas Sikit!


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Snek ikan jenama Dahfa
  • Seaweed

Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan Sedap

CARA PENYEDIAAN KUDAPAN SNEK IKAN :

▶️ Ambil seaweed tadi dan belah dua.

▶️ Sediakan air 1 mangkuk kecik, air paip pun boleh.

▶️ Ambil 3-4pcs snek ikan, lipat-lipatkan. Lipat 3 ye.

1653218921 166 Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan Sedap

▶️ Ambil seaweed yang dah siap potong tu, letak kat tengah-tengah dan lilitkan.

▶️ Bila dah sampai hujung, celupkan sikit seaweed tu dalam air dan cantumkan.

▶️ Seaweed ni mudah koyak jangan ganas-ganas.

▶️ Masa lilit buat kemas-kemas dan ketat supaya tak longgar. Guna seaweed yang untuk buat kimbab ye bukan seaweed yang masin yang ready untuk makan tu.

▶️ Seaweed yang masin jenama big bang tu tak sesuai guna sebab melekit-lekit bila terdedah dengan udara.

1653218922 84 Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan Sedap

▶️ Kiri snek ikan Dahfa, kanan pula snek ikan Ika’s. 1 mangkuk = 1 pek snek ikan.

1653218923 668 Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan Sedap

▶️ Goreng guna api perlahan je. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukan.

▶️ Masukan jangan banyak sangat nanti dia masak tak rata dan jadi tak rangup.

1653218925 584 Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan Sedap

▶️ Dah masak sekejap je, terbalik-terbalikkan. Agak-agak dah golden angkat dan toskan.

▶️ Brand Dahfa sedap, lebih rangup dan rasa pedas-pedas. Ok siap dah!

 

BACA JUGA : Resepi Nasi Ayam Yang Mudah Dan Sedap. Nak Buat Niaga Pun Boleh. Anak-Anak Pun Suka Makan!

 

Yang paling best buat ni, kalau rasa penat boleh tinggalkan dan sambung kemudian. Takde effect pun sebab snek ni maman liat. Boleh simpan dalam bekas dulu, lepas seminggu baru goreng.  Lepas goreng sejam je habis tau! Haha nak siapkan bukan main lama lagi.

1653218926 933 Cara Mudah Buat Kudapan Snek Ikan Guna 2 Bahan Sedap

Tunggu sejuk dulu baru makan ye. Kalau makan panas-panas memang tak rangup. Dah sejuk nanti baru makan tau! Siapa yang rajin boleh buat niaga kalau nak. Memang laku sangat kalau jual nanti. Bila da sejuk, pindahkan ke dalam bekas kedap udara. Letak depan tv, kejap je habis.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Hidayatul Hafiza karana sudi berkongsi resepi kudapan snek ikan ini di Facebook. Semoga manya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!


Sumber: kongsiresepi.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI