Bahan untuk kulit :
- Tepung gandum
- Secubit garam
- 1 biji telor
- Air secukupnya
Bahan untuk inti :
- Isi ikan yg direbus buang tulang
- Stgh kotak santan
- Serbuk Lada hitam
- Cili padi (dihiris)
- Bawang merah 4 biji (ditumbuk)
- Garam
- Perisa
Bahan untuk sos bawang putih :
- Cili kering
- Bawang putih (lagi banyak lagi sedap)
- Cuka
- Gula
- Garam
CARA PENYEDIAAN PENYEDIAAN KUIH ROPA :
Cara penyediaan kulit & inti kuih ropa :
▶️ Bancuh bahan kulit macam bancuhan ketayap.
▶️ Bancuh sedikit tepung gandum untuk dibuat gam semasa gulung kulit nanti.
▶️ Masak semua bahan inti sekali sampai kering. Ketepikan.
▶️ Seterusnya, lenggang tepung ikut saiz yang sederhana sampai habis.
▶️ Ambil kulit, kemudian isi inti.
▶️ Gulung mcam gulung popia dan gam kemas-kemas.
▶️ Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Siap!
Cara penyediaan sos bawang putih :
▶️ Blender cili dan bawang putih.
▶️ Masukkan dalam periuk. Masukkan pula semua bahan yang lain.
▶️ Rebus hingga mendidih dan sedikit pekat. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kunafah Homemade Ala-Ala Restoran Arab Yang Confirm Sedap. Hantu Cheese Wajib Cuba!
Siap untuk dihidang! Makan panas-panas denga sos bawang putih, memang super sedap u olls! Rugi sangat korang tak cuba. Patutlah kuih ni famous kat Terengganu. Next time kita cuba kuih jemput-jemput inti sambal pula. Kuih ni juga popular kat Terengganu tau!
Untuk pengetahuan, Cik Puan Shafiha Shafiee ni juga seorang yang gemar berkongsi resepi di wall Facebook milik beliau. Dan kuih ropa inti ikan ni antara yang menjadi pilihan ramai. Sebab tu dapat 2.9k share kat Facebook.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuih ropa inti ikan yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.