Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti Arab/wrap
- Tomato Puri (Masakkan dan perasankan dengan garam)
- Daging cincang (Masak dengan rempah kari garam dan serbuk perasa)
- Serbuk kari
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
- Mozarella
- Sosej
- Sayur (Brocoli)
- Cili masak/capsicum
- Garam
CARA PENYEDIAAN PIZZA GUNA ROTI ARAB :
▶️ Letakkan tomato puri dan ratakan atas roti arab. Tomato puri ni, korang boleh masakkan dan perasankan dahulu. Letak garam sikit dan perasa je.
▶️ Taburkan pula daging. Daging tu masak dengan rempah kari, garam dan serbuk perasa.
▶️ Taburkan cili. Cili masak pun boleh guna ye.
▶️ Masukkan sosej dan broccoli. Taburkan serbuk lada sulah.
▶️ Taburkan pula Mozarella cheese.
▶️ Masukkan dalam oven atau microwave. Boleh jugak nak tembak dengan api untuk bagi cheese cair. Sebab bahan lain semua dah siap masak.
▶️ Ha! Nampak tak melting cheese. Siap yang hangit tu. Pergh!
▶️ Potong dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Mudah Masak Koey Teow Goreng Basah Yang Ringkas Dan Sedap. Resepi Ni Confirm Jadi!
Fuhh! Selalu kalau nipis-nipis ni pizza style USA je. Korang tengok pun dah ala-ala pizza style USA kan. Nampak padat dan lazat! Anak-anak pun mesti suka sangat makan pizza ni.
Kalau tengok kat Facebook Cik Puan Roslan Rusly ada macam-macam lagi resepi menarik korang boleh cuba. Banyak juga yang berasaskan roti. Next time kita boleh buat sandwich Turkey pula. Dalamnya isi ikan ye. Nampak menarik sangat!
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi pizza guna roti Arab ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kapad kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.