25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Cara Mudah Hilangkan Kulat Pada Dinding, Punca Masalah Kesihatan Di Rumah

Cara Mudah Hilangkan Kulat Pada Dinding, Punca Masalah Kesihatan Di Rumah

Warna kulat biasanya hijau dan kehitaman memenuhi simen serta jubin ternyata memberi pandangan kurang menyenangkan dan mudah tumbuh dalam persekitaran lembap dan sejuk.

Kulat yang tumbuh pada dinding antara masalah sering dihadapi pemilik kediaman terutama membabitkan ruang dapur dan bilik air rumah.

Sebenarnya kulat mudah membiak dalam persekitaran lembap dan sejuk. Ia juga mudah merebak kepada pelbagai barangan lain termasuk paip, jubin, kelengkapan mandi dan pakaian. Jika tiada pencegahan, masalah kulat pada dinding ini boleh menjejaskan kesihatan penghuni.

Berikut antara langkah pencegahan boleh dilakukan bagi mengatasi masalah kulat pada dinding:

1. Kenal pasti kebocoran berlaku pada paip atau saliran air di dalam rumah

Mungkin perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk memperbaiki rumah yang terkesan, namun itu lebih baik untuk mengelak kulat merebak pada dinding dan boleh jadi retakan dalam jangka masa panjang.

Masalah kebocoran paip air boleh berlaku tanpa disedari pemilik rumah. Jika terdapat sebarang gejala seperti tompok air atau cat berubah warna pada dinding, sebaiknya atasi terlebih dulu untuk mengelak masalah kulat pada dinding.

2. Elak menjadikan ruang tertutup seperti bilik air dan bilik tidur sebagai ruang ampaian basah

Tabiat menjemur pakaian di dalam rumah turut menyebabkan kulat mudah membiak. Sebaiknya jemur kain di ruang terbuka atau berangin bagi mengurangkan kemungkinan kulat untuk membiak. Malah tabiat ini boleh menyebabkan kehadiran bau yang kurang selesa pada ruang yang tertutup itu.

Jangan amalkan tabiat menyidai atau menggantung kain basah pada dinding bilik air atau dalam rumah. Ini kerana suhu dalam rumah lebih rendah berbanding di luar.

3. Bilas atau keringkan segera dinding atau material terkena air

Ini kerana pada kelembapan tinggi, kulat boleh membiak dengan cepat. Sebaiknya lap kawasan terkena air hingga kering terutama lantai dilitupi permaidani dan sebagainya. Lama-kelamaan kawasan yang tidak dikeringkan dengan baik akan ditumbuhi kulat.

Bilik air sering terdedah kepada persekitaran basah dan lembap. Namun bagi ruang seperti dapur dan dinding utama, elak daripada membiarkan dinding basah dalam satu tempoh lama terutama musim hujan.

4. Guna bahan anti

Menerusi inovasi terkini, pelbagai produk pasaran terutama perincian dinding dan cat mempunyai kriteria antikulat. Sebaiknya buat tinjauan produk terbaik dalam menangani kulat pada dinding.

edit gambar artikel 112

5. Tanggalkan kulat dengan barang alami seperti cuka

Buang kulat terlebih dulu dengan span atau berus (direndam di dalam cuka putih) sehingga kulat itu hilang.

Ada tip boleh dilakukan untuk menanggalkan kulat iaitu menggunakan bahan dari dapur. Sediakan 300 militer (ml) cuka, 200 ml air dan lima titis minyak asas atau minyak pati.

Kemudian baru gunakan bancuhan itu dan tuang ke dalam bekas penyembur. Terus sembur pada bahagian dinding yang ditumbuhi kulat dan biarkan untuk beberapa jam. Lap dengan kain lembut dan ulang dua kali. Sebaiknya lap dinding dengan kain kering dan tidak perlu dibilas dengan air biasa.

Sumber: Zue Razak

Sumber: majalahilmu.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI