- Koey teow sebungkus
- 1 labu Bawang besar (ditumbuk)
- 3 ulas Bawang putih (ditumbuk)
- Cili kisar/cili boh (4 sudu makan)
- Fishball & fishcake
- Udang/ayam (optional)
- 3 biji Telur
- Sos tiram (optional)
- Sos cili, sos tomato, kicap mudim + habhal
- Garam, gula, serbuk hilal
- Taugeh & kucai
CARA PENYEDIAAN KOEY TEOW GORENG BASAH :
▶️ Tumis bebawang sampai naik bau wangi. Dah tukar warna kekuningan masukkan fishball & fishcake yang dipotong nipis. Fishball tu belah 2 je.
▶️ Goreng seketika sampai bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
▶️ Dah masak cili atau dah pecah minyak, time ni api sederhana. Masukkan udang or ayam, air 2 cawan, kicap 5 sudu makan, sos cili, sos tomato, sos tiram jika ada.
▶️ Kacau sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula dan garam. Rasa dulu nanti kalau kurang masin baru add on sebabnya kicap and sos tiram tu pun dah masin.
▶️ Kuah dah mendidih, pecahkan 3 biji telur, biar seketika. Slowkan api. Jangan kacau. Biar telur kuning tu masak. Dah agak masak telur masukkan koey teow yang telah dibasuh. Kacau mesra sikit je jangan beria kacau macam kacau dodol kang hancur koey teow tu.
▶️ Dah mesra elok, tambah air sikit kalau nak tekstur basah-basah baru sedap kan. Then add on lagi kicap sikit lagi untuk kasih warna dia mantul. Lepas tu masukkan lah kucai & taugeh.
▶️ Api maintain slow, gaul mesra, then siap!
BACA JUGA : Resepi Nasi Dagang Terengganu Paling Power. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi Dibuatnya!
Siap untuk di hidang! Wah, nampak sedap kan koey teow goreng basah ni. Makan panas-panas lagi syok! Nak masak koey teow goreng basah ni tak kira siang atau malam pun boleh je. Kalau rasa malas nak makan nasi, hidangan macam ni sesuai sangat untuk kenyangkan perut.
Kalau tengok kat wall Facebook Cik Puan Fatyn Zamry, beliau memang suka berkongsi resepi masakan. Semua pun nampak menarik dan ramai Pengguna Facebook yang share. Rasanya next time kita boleh try pula resepi koey teow thng. Original chinese style. Macam mana rasa tu?
Sebelum mengakhiri perkongsian ni, saya ucapkan ribaun termina kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi koey teow goreng basah ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.