25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!

Taiping ada senarai yang sangat panjang untuk destinasi makan. Ada banyak lagi tempat lain yang menjadi pilihan warga tempatan menghabiskan waktu santai sambil menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, ini lokasi ‘wajib’ ramai singgah untuk menjamu selera jika berada disini.
Warung Muhibbah

Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Foto: mstar
Lokasi ideal untuk sarapan pagi di Taiping pastinya di Warung Muhibbah. Warung terbuka yang dibina ringkas dan terletak di pinggir jalan kadang-kadang menyimpan rahsia dapur keluarga yang hebat. Warungnya sederhana tetapi menjadi tumpuan ramai kerana makanan yang disajikan di situ memang enak memenuhi selera. Nasi lemak berlauk menjadi menu utama, namun hidangan lain seperti soto juga ada disediakan. Disebabkan keenakan nasi lemak di warung ini, tidak hairanlah walaupun hanya warung sederhana di tepi jalan, ia amat popular. Warung nasi lemak ini dibuka setiap hari dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengahari. Sejak awal pagi sebaik perniagaan bermula ramai sudah berbaris untuk menjamu selera. Pastikan singgah di sini untuk memulakan hari anda!
Doli Kuey Teow Goreng
Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Ini tempat yang sentiasa meniti di bibir penggemarnya. Bisnes keluarga di Jalan Tupai ini menumpukan pada kelazatan kuetiau goreng yang kaya dengan rencah. Kuetiau dengan kerang dan udang memang jadi buruan ramai, tidak kira penduduk tempatan atau pengunjung luar daripada Taiping memang akur dengan kelazatannya.

Ansari Famous Cendol
Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Orang Taiping sejati mesti tahu tentang lokasi cendol popular di Jalan Barrack ini. Sudah tiga generasi mereka ini menghidangkan kesegaran cendol dan keenakan pasembor kepada pelanggan. Pilih saja cendol kegemaran anda samada yang klasik seperti jagung manis, kacang merah, pulut atau durian.
Roti Bakar Arang Fadzil House

Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Foto: foodie
Kalau ke Pokok Assam, menu wajib cuba adalah telur goyang bersama kepingan roti yang dibakar menggunakan arang. Smokey taste pada roti yang dihidang bersama telur separuh masak dan ditambah kacang panggang memang tiada tandingannya dalam kamus orang yang gemar bersarapan.
Restoran Mergastua
Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Kalau bawa anak-anak ke Zoo Taiping & Night Safari, dan kemudian terasa lapar, bolehlah melangkah masuk ke Restoran Mergastua untuk melunaskan keinginan selera. Pilihan masakan tempatan, Barat dan Asia Selatan menanti dalam suasana yang selesa. Jangan lupa untuk mencuba nasi ayam Hainanese dan juga briyani yang sangat menyelerakan.

The Gate Cafe
Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Kafe ini sudah beroperasi lebih daripada 15 tahun di Jalan Maharajalela sejak 2004, kafe mesra pelanggan ini menjadi tumpuan anak muda untuk bersosial dari siang ke malam, diiringi menu lazat yang pelbagai.
Restoran Nafis Kitchen
Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Cari Makan Di Taiping? Ini 7 Port Makan ‘Femes’ & Sedap Wajib Terjah!Terletak berhampiran Dataran Warisan, lokasi restoran ini mudah ditemui. Ada pelbagai seleksi menu kegemaran tempatan disediakan, dan pada malam hari anda boleh memesan hidangan utara Thailand.

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI