Deqing, sebuah daerah yang terletak di Bandar Huzhou, wilayah Zhejiang, China komited dengan konsep pembangunan hijau bagi membina sebuah daerah taman moden bertaraf antarabangsa.
Dengan landskap semula jadi yang indah, Deqing merupakan sebahagian daripada gugusan bandar di Delta Sungai Yangtze.
Daerah istimewa ini merancang industri pelancongan sebagai enjin pemula bagi memajukan cita-cita pembangunan hijaunya.
Ia direncana agar berkembang maju seiring dengan pemandangan semula jadi dan kekayaan budaya tempatan yang terdapat di Deqing.
Sebagai contoh, Moganshan International Tourist Resort sengaja dibangunkan di sekitar Gunung Mogan selaku salah satu daripada empat pusat peranginan musim panas yang terkenal di China.
Pusat peranginan ini disenaraikan sebagai 45 lokasi wajib dikunjungi oleh New York Times serta memperolehi hasil berkaitan pelancongan sebanyak 2.2 bilion Yuan pada tahun 2021.
Tidak hanya memiliki ratusan bangunan, hotel dan rumah inap dengan senibina gaya Eropah, ia turut dibina selaras dengan piawaian antarabangsa.
Selain dari Gunung Mogan dan Tasik Xiazhu, terdapat juga pemandangan pergunungan indah lain seperti Perkampungan Yucun dan bandar purba Xinshi.
Di daerah Deqing ini pertanian pintar turut menyumbang kepada pelan pembangunan hijaunya dalam membentuk ke arah sebuah daerah taman moden.
Sejak 2019, daerah ini telah menjadi tuan rumah untuk Beautiful China Pastoral Expo, satu platform awam untuk tujuan pertanian pintar dengan lebih 4000 tapak demonstrasi pertanian.
Daerah ini turut dianugerahkan sebagai ‘Daerah Termaju dalam Pertanian Moden’ selama tiga tahun berturut-turut.
Bagi menarik minat golongan muda, Deqing turut menawarkan percutian sukan lasak seperti Discovery Adventures Moganshan Park dan Deqing Mount Mogan Bamboo Sea Marathon.
Septembar ini, Deqing turut bersiap siaga bagi mempersembahkan sebuah daerah taman pintar dan moden bertaraf antarabangsa sempena Sukan Asia Hangzhou 2022. – Cendolpulut, 21 April 2022
Gambar: Xinhua Silk Road
Sumber: www.getaran.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri