25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Cuba Buat Sendiri Spageti Aglio Olio Dengan Cara Paling Simple Tapi Sedap Sangat. Sedap!!

Spageti aglio olio antara menu yang selalu kita pesan bila makan di kafe western. Harganya berbelas ringgit sepinggan malah boleh cecah lebih RM20 juga ikut kafe.

Walhal hidangan ini antara yang mudah untuk kita buat sendiri. Lagi jimat sebenarnya. Nak cara yang paling simple dan sedap pun ada. Boleh ikut resipi dikongsi oleh Nur Masri ini.

Cara buat Spageti aglio olio simple tapi sedap

aglio2Bahan-bahan:

1 paket spaghetti1 mangkuk udang5 ulas bawang putih1 sb chili flakes1 sb lada hitam2 sb serbuk oreganoSedikit daun pasley (hiris halus)1 kiub ayam3 keping cheese ( jika suka)Tomato

Cara membuat:

1) Rebuskan spageti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.

2) Panaskan olive oil atau minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau masukkan cili flakes dan daun pasley.

3) Kemudian, masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spageti tadi.

aglio3

4) Seterusnya, masukkan sudu serbuk oregano, 1 sudu serbuk lada hitam, 3 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5) Kemudian masukkan spageti dan tomato. Boleh juga letak sotong atau sosej jika suka. Jika suka cheese boleh letak. Gaul rata, siap!

Ini versi letak sotong, udang dan sosej. Lagi meriah.

aglio4Selamat mencuba.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI