26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!

Dabong sebuah daerah dan pekan kecil yang terletak di jajahan Kuala Krai, Kelantan. Terletak kira-kira 155 km dari bandar Kota Bharu, Dabong boleh diakses melalui jalan darat dan juga dengan menaiki keretapi. Dari Dabong juga anda boleh ke Gua Musang, Poring dan juga Tanah Tinggi Cameron Highlands.
Dabong menjadi kawasan yang cukup terkenal dengan destinasi dan aktiviti eko pelancongan yang pelbagai. Dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati bila anda datang ke Dabong.

Muhammad Hazim Rahisam berkongsi tiga tempat menarik yang ada di Dabong untuk anda kunjungi. Memang puas hati dan seronok dapat buat macam-macam aktiviti di sana!
3 tempat menarik di Dabong, Kelantan
Apabila kita menyentuh soal pusat pelancongan di Kelantan, sudah tentu bayangan Kota Bharu, Pantai Cahaya Bulan, Pasar Siti Khadijah dan sebagainya akan terbayang di fikiran. Namun, terdapat satu pusat pelancongan yang begitu indah tersembunyi di negeri Kelantan. Terletak di selatan jajahan Kuala Krai, tersembunyinya sebuah pekan kecil yang digelar Dabong. Walaupun dikatakan kurang menerima pembangunan berbanding daerah lain, Dabong merupakan pusat pentadbiran kedua bagi jajahan Kuala Krai. Pepatah Melayu pernah terungkap ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri kita’, kawasan yang kaya dengan bukit-bukau berkeluasan kira-kira 84,007.46 hektar ini menyimpan seribu satu cerita keindahan dan keunikkan berbanding daerah lain di Kelantan.
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 6 Disember 2020 yang hanya membenarkan pergerakan rakyat di dalam negeri sahaja telah menjadi asbab bermulalah era ‘kehidupan baru’ bagi Dabong. Kawasan yang dulunya hanya sepi dengan kehadiran penduduk sekitar berubah menjadi satu daripada pusat pelancongan tersohor di Kelantan. Kehadiran pelancong dari pelbagai sudut negeri Kelantan sendiri telah memberi nafas baru bagi industri pelancongan di Dabong. Kebanyakkan masyarakat sekitar juga menerima impak yang sangat positif kerana banyak inisiatif telah dijalankan seperti perkhidmatan rumah sewa, kedai makan, perkhidmatan kereta sewa dibuka secara meluas dan menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada mereka. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana mengikut laporan pihak Majlis Daerah Dabong, kehadiran pelancong pada hujung minggu yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke Dabong boleh mencecah 1000 hingga 2000 orang pada satu-satu masa.

Gunung Stong
Kehadiran pelancong yang begitu ramai adalah disebabkan kepelbagaian aktiviti pelancongan yang tersedia di Dabong. Antaranya ialah Gunung Stong, gunung yang berketinggian 1422 meter ini telah dikenal pasti sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara sekaligus merupakan antara kawasan tarikan istimewa di Dabong yang sesuai untuk aktiviti pelancongan. Aktiviti seperti berkhemad dan beriadah sememangnya amat sesuai dilakukan di Kawasan ini. Bagi mereka yang meminati perkara lasak pula, aktiviti mendaki Gunung Stong pula pastinya mampu memberikan pengalaman yang begitu indah kepada para pengunjung dek kerana keindahan flora dan fauna semasa mendaki dan keindahan pemandangan semasa berada di puncak. Hamparan awan yang begitu menawan juga sering mampu dilihat seandainya pengunjung mendaki gunung ini dan tiba di puncak pada awal pagi. Infrastruktur dan kemudahan seperti kedai menjual makanan ringan, kedai menjual peralatan berkhemah serta tapak khemah yang disediakan turut mampu membolehkan para pelancong untuk menginap di atas puncak gunung tersebut.
Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Pemandangan di kaki Gunung Strong
Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Foto yang memaparkan hamparan awan di puncak Gunung Strong pada waktu pagi.
Gua Ikan

Selain keindahan Gunung Stong, Gua Ikan juga merupakan antara lokasi pelancongan fenomena di Dabong. Gua Ikan merupakan gua batu kapur yang dianggarkan berusia 150 juta tahun ini juga telah dibuka untuk orang awam bagi aktiviti meneroka keindahan gua-gua tersebut. Kawasan gua yang kaya dengan calcium calcite dan kewujudan cahaya God light di dalam gua mampu menjadi kenangan terindah buat peneroka gua tersebut. Pada umumnya, Kompleks Gua IKan mempunyai 4 buah gua yang dibuka untuk orang ramai terokai, iaitu Gua Ikan, Gua Gelap, Gua ikan dan Gua Pagar. Bagi memulakan ekspidisi pengunjung akan ditemani oleh seorang tour guide (pemandu arah) ketika berada di dalam gua-gua tersebut. Pada mulanya, pengunjung akan dibawa masuk ke gua pertama, iaitu Gua Gelap. Gua ini dikatakan amat mencabar kerana pengunjung perlu memasuki satu ruangan yang gelap dan sedikit sempit dan seterusnya harus meniarap bagi memasuki lubang untuk keluar dari gua tersebut. Pengalaman ini tentunya amat dinantikan terutamanya kepada mereka yang suka akan aktiviti yang penuh mencabar. Seterusnya, selepas pengunjung berjaya keluar mereka akan dibawa ke gua berikutnya iaitu Gua Keris. Gua ini merupakan antara gua yang paling unik antara gua-gua yang lain kerana kawasan luarnya mempunyai satu batu semulajadi yang menampakan kewujudan seakan-akan kepala beruk. Manakala, di kawasan dalamnya pula mempunyai kawasan yang sangat lapang dan terdapat juga batu gua semulajadi yang seakanakan keris besar terpacak di dalam gua. Akhir sekali, pengunjung akan dibawa memasuki gua terakhir iaitu Gua Pagar. Kawasan gua ini juga sangat menarik kerana di gua inilah dikatakan fenomena cahaya God light dapat dilihat sekiranya datang pada masa yang tepat.
Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!batu gua semulajadi yang seakan berbentuk kera
Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!batu gua semulajadi yang berbentuk seperti keris di Gua Keris
Jelawang Pipe Resort

Tempat pelancongan yang berikutnya pula ialah Jelawang Pipe Resort. Pusat peranginan yang terletak lebih kurang 8 KM dari Gunung Stong ini merupakan pusat peranginan yang paling terkenal dalam kalangan pelancong yang hadir ke Dabong. Pusat peranginan ini terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit dan dianugerahkan dengan sebatang sungai yang mengalir tentunya akan membawa ketenangan kepada pengunjung yang singgah ke sana. Kadar bayaran untuk mengunjungi pusat peranginan ini juga dikatakan amat murah dan berbaloi dengan servis yang tersedia. Kelengkapan infrastruktur yang sempurna seperti surau, bilik sewa, kedai makan dan sebagainya juga menambahkan lagi keselesaan pengunjung untuk bermalam di sana. Pusat peranginan ini juga dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, penunggangan motor ATV, water tubing dan lain-lain mampu memberikan pengalaman yang indah kepada pengunjung.
Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Dabong Destinasi Percutian Pencinta Alam, 3 Tempat Ni Wajib Jejak Bila Sampai. Unik & Tersendiri!Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di Jelawang Pipe Resort seperti tugangan motor ATV dan Flying fox
Kesimpulannya, Dabong merupakan Kawasan yang kaya dengan keindahan alam. Kawasa ini tidak dapat dinafikan sebagai satu daripada Kawasan yang sangat istimewa bukan sahaja di Kelantan tetapi bahkan di Malaysia. Keindahan kawasan Dabong sememangnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan harus dirasai sendiri oleh tuan empunya badan. Oleh itu, para pelancong sememangnya disarankan melancong ke Dabong bagi merasai sendiri pengalaman berharga yang tidak dirasai di tempat kecuali di Dabong.
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Hazim bin Rahisam, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sumber: Muhammad Hazim bin Rahisam 

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI