Semakin hangat menjadi perbualan netizen, isu pelakon Hafidz Roshdi yang diakwa curang bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada. Athira yang sudah tampil dengan memohon maaf seacara terbuka kepada isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri kerana menjadi punca rumah tangga selebriti tersebut ‘porak peranda’.
Tampil dengan kenyataan baru, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di Instagramnya, dia menzahirkan ucapan terima kasih atas permohonan maaf yang dilakukan oleh Athira namun, terdapat beberapa perkara yang bercanggah dengan fakta.
Namun, Shuhada telah membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan beradab apabila menyerahkan kes ini kepada peguamnnya.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.