25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Dah enam bulan tak ‘update’ IG, ramai tertanya mana Azar Azmi menghilang?

Lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon, Azar Azmi yang popular menerusi beberapa drama antaranya Mr. Boss Miss Stalker, Red Velvet, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi.

Namun menerusi tinjauan di laman Instagram, pelakon berusia 33 tahun itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut kerana dilihat tidak mengemas kini akaun miliknya sejak enam bulan lalu.

Posting terakhir pada 6 Mei lalu sekali gus dipenuhi dengan komen netizen yang tertanya-tanya, kemana menghilangnya Azar dalam tempoh setengah tahun sehingga seolah-olah senyap begitu saja?

Malah situasi sama terjadi di beberapa akaun bisnes yang diusahakan, tiada sebarang kemas kini dilakukan selain Instagram kelab peminatnya juga dilihat tidak aktif.

Netizen rata-rata meluahkan kebimbangan berhubung ‘kehilangan’ bekas peserta Dewi Remaja 2009 itu di media sosial dan berharap dia berada dalam keadaan baik saja.

WhatsApp Image 2022 11 15 at 10.27.46 PM 1

Terdahulu, menerusi laporan Utusan Online pada Jun lalu, terdapat kenalan industri mendakwa Azar dikhabarkan mengurungkan diri di rumah sehingga kelibatnya tidak kelihatan di mana-mana acara hiburan.

Untuk rekod, Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi pernah bertunang dengan seorang penerbit filem pada 1 Disember 2019 namun hubungan mereka putus sekitar Februari 2020.

Diharapkan pengurus, ahli keluarga atau kenalan rapat dapat ‘update’ sedikit tentang perkembangan Azar kepada umum. Sekurang-kurangnya orang akan tahu situasi dihadapi oleh dirinya ketika ini.

Sumber: Instagram Azar Azmi , Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI