26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Dah Lama Tak Ke Singapura? Ini Panduan Jika Nak Buat ‘Short Trip 2D1N’!


Bagi korang yang dah lama tak bercuti ke negara jiran Singapura, di sini disertakan beberapa info dan itinerari percutian singkat selama 2 hari 1 malam yang boleh dicuba pada cuti hujung minggu.

SHORT TRIP SINGAPORE 2H1M

  • Terminal Bersepadu Selatan, KL – Larkin Sentral tambang RM30.30
  • CW2 Causeway Link dari Larkin Sentral ke Queen Street Terminal tambang RM4.70
  • Bas akan berhenti di Imigresen Johor & Imigresen Singapore.

Isi siap-siap arrival card di ICA mobile apps sebelum nak masuk Singapore, selesai urusan Imigresen naik balik bas yang sama CW2 ke Queen Street Terminal.

hotel 02

Sampai Queen Street Terminal terus jalan kaki ke Hostel Atlantis Pods area Little India. Harga 1 malam hanya sekitar RM89.11

Perjalanan di Singapore semuanya menggunakan MRT, jadi anda tidak perlu beli Tourist Card — hanya menggunakan debit card atau credit card, tapi hari tu guna Bigpay je.

Jumlah kesemua tambang perjalanan selama menggunakan MRT adalah 7.40 SGD / RM23.41

mrt 03

Internet roaming digi 1gb 5 hari = RM5.00, kat hotel guna wifi je.

Tukar duit 50 SGD / RM157

Tempat menarik untuk jalan-jalan di Singapore :

  • Masjid Sultan
  • Kg Kelam
  • Arab Street
  • Bugis Street
  • Marina Bay
  • Merlion Park
  • Garden By The Bay

masjid 02Jumlah Kos :

  • TBS – Larkin Sentral = RM30.30
  • Larkin Sentral – TBS = RM35.00
  • Larkin Sentral – Singapore = RM4.70
  • Singapore – Larkin Sentral = 4.80 SGD / RM15.00
  • Hotel = RM89.11
  • Public transpot MRT = RM23.41
  • Roaming data = RM5
  • Tukar duit singapore = 50 SGD / RM157 (ada baki 12 SGD)

merlin 02Kredit: Encik Fadhil 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI