Pernah tak anda teringin sangat nak makan lempeng, tetapi adunan tersebut bila diletakkan di atas kuali tidak menjadi. Menjadi leper, tidak garing dan sebagainya.
Ini adalah resepi Lempeng Naik yang semestinya tidak akan dimarahi oleh emak anda, ayah anda, suami anda dan yang lain lain.
Dah Putus Asa Kenapa Buat Lempeng Asyik Tak Jadi, Ini Resepi Lempeng Naik Semestinya Tidak Akan Dibelbel Oleh Emak Berbakul-Bakul
Perkongsian resepi lempeng naik ini oleh Siti Nornaim Keng di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda.
Mudah sahaja cara membuatnya, hanya memerlukan cara yang betul untuk hasilkan lempeng naik ini menjadi.
Bahan-Bahan:4 cawan tepung gandum1 paket yis mauripan4 sudu besar gulaGaram2 biji telurAir suamCara Penyediaannya:Satukan ke semua bahan dalam bekasMasukkan air sedikit demi sedikitBancuh adunan sedikit pekatPerap selama 20 minitApabila selesai perap, letakkan minyak sedikit dalam kualiAmbil sesenduk adunan masuk dalam kualiLebarkan sedikit adunan menggunakan sendukGaringkan di bahagian bawah dan terus terbalikkan (lakukan sehingga habis)Jangan tekankan adunan bila diterbalikkannya.
Selepas anda ikut langkah-langkah ini, mudah sahaja untuk hasilkan lempeng naik ini. Tidak perlu risau lagi jika adunannya tidak cantik.
Selamat mencuba!
Kredit: Siti Nornaim Keng di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda
Baca Juga: Nasi Tak Habis? Gunakan Dalam Resepi Lempeng Nasi Ringkas Ini Supaya Tak Bazir
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.