25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Da’i Syed buat tutorial hijab pada isteri, tapi wajah Hana pula tak puas hati

Tindakan pendakwah selebriti, Da’i Syed membuat tutorial hijab pada isterinya Hana Ismail mencuri tumpuan orang ramai di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Menerusi satu video dimuat naik, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful cuba menunjukkan bakat dengan menghasilkan stail hijab yang digayakan oleh isterinya.

@daisyed_

Boleh tak tunjuk tutorial shawl kak Hana pakai ? ME : OK bisa donk ! 😉

♬ Ayang (Live) – Nabila maharani feat NM Boys

Rakaman berdurasi 27 saat itu memaparkan Hana yang juga pengacara stesen televisyen AlHijrah ‘menadah’ wajah untuk suaminya bagi melakukan lilitan menggunakan selendang miliknya.

Bagaimanapun, selepas selesai sesi tutorial berkenaan, pengacara berusia 37 tahun itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan stail dihasilkan suaminya berdasarkan ekspresi wajah ditunjukkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pasangan itu selain menyifatkan Hana hanya mampu reda melayan kerenah suaminya.

WhatsApp Image 2023 01 14 at 8.53.17 PM

WhatsApp Image 2023 01 14 at 8.53.18 PM

WhatsApp Image 2023 01 14 at 8.53.19 PM 1

WhatsApp Image 2023 01 14 at 8.53.19 PM

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok & Instagram Da’i Syed

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI