27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023
spot_img

“Dalam Penjara Pun Boleh Share MV Lagu Kempen!” – Najib Kongsi Lagu Baru “Cukup Sekali”! Ada Noki, Lah Ahmad & Cat Farish!

Semua sedia maklum, bekas Ahli Parlimen Pekan Najib Razak sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Biarpun di dalam penjara, akaun media sosial beliau masih bergiat aktif.

Sempena PRU-15 tak lama lagi, Najib Razak baru sahaja memuat naik satu video klip lagu bertajuk “Cukup Sekali” yang menampilkan tiga artis terkenal negara iaitu Noki K-Clique, Lah Ahmad dan Cat Farish!

Lagu terbaru itu ternyata berjaya mendapat perhatian netizen. Bahkan ada yang rasa janggal kerana Bosskur tidak bertanding pada PRU kali ini. Ada juga yang mempersoal tentang akses yang diberikan kepada Najib biarpun bergelar banduan.

Apa-apa pun, kita sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab jangan lupa untuk turun mengundi nanti ya! 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI