26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Dari Mana Datangnya Air Sungai? Ini Jawapan Dari Al-Quran Yang Sangat Menakjubkan, Subhanallah

Pernah tak kita terfikir, dari mana datangnya air sungai yang tak putus-putus walau dalam musim kemarau pun. Ini jawapan dari Al Quran. Allahu. Subhanallah.

TEORI PUNCA AIR SUNGAI

Seperti yang diceritakan oleh Saiful Nizar Abd Rahim. Dari aku kecil hingga sekarang walau secara teorinya aku faham tetapi secara logik akal aku masih tertanya-tanya, iaitu dari mana datangnya sumber air sungai?

Teori mengatakan dari mata air di gunung-ganang dan bukit-bukau yang mengalir melalui tanah dan batu-batu.

Ada yg kata mata air tersimpan di celah-celah pokok dan batu-batu di hutan.

Dari situlah terjadinya sungai.

Memang benar tapi akal ni terfikir banyak mana sangat mata air tu?

Di musim kemarau pun tak pernah kering. Jika mata air di lembah kita faham tetapi jika di tempat yg tinggi. Macamana mata air tu boleh naik tinggi?

Aku selalu tengok Google Maps paparan satelit. Memang kebanyakan punca sungai dari tempat tinggi tapi ada juga dari celah kampung mana entah bermulanya punca sungai tu.

CMIA 1 31 1

Bila tengok gambar ni, pokok tak ada dan hanya batu pejal tiba-tiba keluar bercabang-cabang air terjun, lagi pening.

Banyak pula tu dan tentunya tak henti mengalir. Apa yang dapat kita kata hanya MasyaAllah, Subhanallah. Allah yg menjadikan semuanya utk kegunaan manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan semuanya.

PUNCA AIR SUNGAI DALAM QURAN

Antara apa yg disebut oleh Allah di dalam Al-Quran tentang punca sungai. Maksud firman Allah:

“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan”

Al-Baqarah:74

Sekarang baru ku tahu…

Sumber: nasihatustaz.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI