Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A (Step 1) :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur
Bahan B (Step 2) :
- 1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)
- 1/2 cawan santan
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1sk pewarna hijau
Bahan C (Step 3) :
- 2 cawan santan
- 2 sudu tepung gandum
- 1sk garam
- 1sk gula
P/S : Guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.
CARA PENYEDIAAN NONA MANIS :
▶️ Untuk step pertama, kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau takde pengisar, boleh whish hand je. Dah siap, ketepikan.
▶️ Step kedua, masukkan pula santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
▶️ Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
▶️ Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.
▶️ Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.
▶️ Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila dah sejuk tapis dan letak dalam botol.
▶️ Step ke tiga pula, masukkan santan, tepung gandum, gula dan garam. Kalau suka masin, boleh tambah garam. Kacau sehingga sebati.
▶️ Pastikan adunan jugak sedikit pekat dan tidak cair. Dah sejuk tapis dan letak dalam botol.
▶️ Letak dalam botol macam ni lagi senang.
▶️ Sapu dulu acuan dengan minyak supaya kuih tak melekat dan letak 3/4 adunan warna hijau dalam acuan.
▶️ Halakan muncung botol adunan warna putih di tengah-tengah acuan. Jangan terlampau kedalam sangat, nanti bercampur dengan adunan hijau.
▶️ Susun dalam loyang dan wrapkan! Di sekeliling loyang tu pula buat lubang, cucuk dengan lidi. Pastikan lubang tak dibuat bahagian atas acuan supaya air wap tak jatuh. Boleh buat banyak lubang.
▶️ Kukus selama 15 minit atau sehingga masak. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi ayam goreng pedas yang rangup dan sedap. Simple sangat cara penyediaannya. Sekejap je dah siap!
Untuk dapatkan kuih yang cantik dan licin, korang kena wrapkan loyang. Ni tips yang korang kena ikut. Dah masak tunggu sejuk dulu barulah keluarkan dari acuan. Kuih ni memang lembut sangat, pegang pun licin dan cantik. Sedap pulak tu!
Rasa kuih ni memang tak terlalu manis. Just nice je. Nak hidang untuk tetamu pun senang. Sekali ngap je! Saiz camel gitu. Kalau korang suka masin-masin, korang boleh lebihkan lagi sedikit garam di step ke 3 tadi. Masa tu korang boleh adjust rasa masin yang korang suka.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik PuanAriana Sofia Ahmad kerana sudi berkongsi resepi nona manis yang cantik, licin dan sedap ini di Facebook. Resepi ni dah ramai yang share tau! Rugi rasanya kalau tak cuba. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Sumber: kongsiresepi.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.