29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Didakwa Peserta Kesayangan GV8, Ini Respon Aliff Aziz


Baru-baru ini, penyanyi Aliff Aziz telah didakwa oleh segelintir netizen bahawa dia merupakan peserta kegemaran pihak Astro kerana sering diberi lagu yang mudah untuk dinyanyikan.

Aliff atau nama lengkapnya Muhammad Aliff Aziz berkata, dia tidak mempunyai kebebasan atau hak memilih lagu untuk dinyanyikan pada program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sebaliknya menerima tugasan itu daripada pihak produksi.

Menurut Aliff, 30, mungkin isu ini timbul kerana ada yang terfikir kenapa dia diberikan lagu-lagu begitu.

Sama seperti peserta lain, saban minggu kami menerima tugasan dan lagu daripada pihak produksi.

Jelas penyanyi lagu Sayang Sayang itu, pada minggu ketiga dia perlu menyanyikan lagu Jinbara yang ternyata berbeza dengan genre nyanyiannya.

Saya faham dan menghormati semua yang beri pandangan. Cuma kalau kita lihat semula graf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta.

Terdahulu, isterinya Bella Astillah turut meluahkan rasa kurang senang dengan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa suaminya sebagai peserta kegemaran pihak Astro.

Baca: “Fikir Senang Ke Nyanyi Sambil Menari!” – Bella Astillah Selar Netizen Kutuk Persembahan Aliff Aziz




Sumber: beautifulnara.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI