23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Dikritik seksi, Nadia Brian anggap komen netizen sebagai doa untuk berubah

Penampilan pelakon jelita, Nadia Brian sememangnya menjadi perhatian ramai kerana dikatakan berpakaian seksi dan keterlaluan sebagai seorang beragama Islam.

Malah, aktres berusia 32 tahun tidak menafikan dirinya seorang wanita yang seksi, namun selesa dengan penampilannya kerana menjadi diri sendiri dan tidak ‘hipokrit’.

“Dari awal kemunculan, orang kata saya sangat feminin dan seksi. Saya pakai baju kurung pun orang kata seksi.
“Seksi itu sangat umum tapi mungkin sebab ada terdedah sedikit, orang dah anggap itu seksi,”ujarnya.

Bagaimanapun, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi juga menganggap kritikan yang diberikan oleh netizen sebagai pendorong untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas ini.

“Kita kena anggap bila terima segala komen ke arah positif sebab mungkin mereka bimbang tentang diri kita,”katanya kepada mStar.

Dikesempatan itu, Nadia berharap agar netizen di luar sana agar lebih berhati-hati mempercayai dan membaca artikel yang meninggalkan kritikan terhadap penampilannya.

Dalam perkembangan lain, aktres berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa menjemput orang ramai menonton filem terbaharu lakonannya berjudul Eva di pawagam bermula 26 Januari 2023 ini.

Selain Nadia, filem berkenaan turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nadia Aqilah, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Sumber: YouTube mStar Online Malaysia

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI