26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Dimadukan? Puteri Sarah enggan jawab – “Patut tanya Syamsul & kekasihnya”

Rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana kembali menjadi bualan hangat apabila meluahkan perasaan dipercayai berhubung suaminya yang juga pengarah popular Syamsul Yusof.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 37 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta perkara tersebut diajukan kepada suaminya.

“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak jawab,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memberi gambaran bahawa suaminya sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita yang didakwa sebagai orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Menerusi perkongsian di InstaStory, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu seolah-olah memberi sindiran kepada Syamsul dan Ira yang juga anak kepada aktor veteran Kazar Saisi.

“Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik.
“Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik,” tulisnya.

Berdasarkan hantaran berbeza, ibu kepada dua cahaya mata itu turut bercerita lanjut apa yang berlaku dalam kemelut rumah tangganya.

WhatsApp Image 2022 12 21 at 9.26.16 AM

“Apa yang saya tahu ia berlaku sehari sebelum Sarah melahirkan Sumayyah. Kejamkan manusia.
“Orang sekeliling kita ada masanya boleh menjadi sangat narsistik dan manipulasi. Pilihlah orang sekeliling dengan bijak.
“Semoga 2023 dapat membongkar semua. Segala-galanya sudah berakhir, hipokrit,” kongsinya lagi.

Sementara itu, dia juga ada berkongsi tangkap layar memaparkan mesej peribadi (DM) daripada seorang pengikut yang mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira.

WhatsApp Image 2022 12 21 at 9.26.17 AM

Sumber: Harian Metro , Instagram Puteri Sarah Liyana


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI