26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Dituduh berlagak diva, Peserta ATNM2 malas bazir masa beri penjelasan

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai Program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) baru sahaja memulakan siarannya apabila menggantikan program nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-9 yang telah melabuhkan tirai beberapa minggu lalu.

Mana tidaknya, ragam seorang peserta wanita dikenali sebagai Ika telah menjadi sorotan ramai apabila salah seorang jurinya, Catriona Ross telah menegur sikap ‘diva’ peserta berkenaan sewaktu menjawab pertanyaan.

@catrionarossofficial

pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti. . No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. 2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati. 3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. 4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu. . #AllTogetherNowMalaysiaS2

♬ original sound – CatrionaRossOfficial – CatrionaRossOfficial

Meskipun menerima banyak kecaman daripada netizen termasuk teguran dari beberapa selebriti senior, gadis berusia 16 tahun itu dilihat enggan memberi sebarang kenyataan berdasarkan maklum balas diterima di media sosial.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi semula di platform TikTok @syafinazselamat.fans, dia memberitahu hanya orang-orang tertentu sahaja mengenai kejadian sebenar di sebalik apa yang berlaku sewaktu berlangsungnya program berkenaan.

@syafinazselamat.fans

Replying to @kedaicikayu #alltogethernowmy2 #feartolaktepi

♬ 7 Nasihat – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Kmy Kmo & Luca Sickta

“Biar ahli keluarga dan kawan-kawan yang tahu dah cukup. Saya tak perlu memberi penjelasan sebab orang tak kisah pun mengenai apa yang salah atau benar.
“Dan, saya tak nak membazir masa berbuat sedemikian,”ujarnya.

Dalam pada itu, peserta berkenaan mengaku salah dan sebagai manusia biasa selain mengatakan hanya pihak tertentu yang berlaku di belakang pentas.

Rata-rata netizen seolah-olah dapat menghidu bahawa kejadian yang berlaku di pentas program All Together Now Malaysia musim ke-2 (ATNM2) hanyalah gimik dan ‘marketing’ semata-mata bagi menarik perhatian ramai.

Screenshot 2022 12 19 at 7.01.35 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.01.42 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.01.47 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.01.56 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.02.08 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.02.16 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.02.29 PM

Tidak kurang juga ada yang berpendapat gadis berkenaan boleh membuat pilihan sendiri sekiranya menjadi mangsa ‘keadaan’ tanpa perlu menunding jari kepada mana-mana pihak.

Screenshot 2022 12 19 at 7.04.59 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.05.09 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.05.54 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.06.05 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.06.41 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.06.49 PMScreenshot 2022 12 19 at 7.06.56 PM

Sekadar info, program ATNM2 bersiaran di Astro Ria pada setiap hari Ahad jam 9 malam di mana telah menghimpunkan 50 orang juri dan dihoskan oleh pengacara terkenal, Sherry Alhadad.

Sumber: TikTok @syafinazselamat.fans, @catrionarossofficial

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI