Sejak awal kemunculan trailer sebuah filem berjudul Pulau, ia mendapat tentangan dan kecaman hebat di kalangan warganet termasuk menteri, ahli agamawan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Ia menjadi panas susulan dakwaan mengandungi adegan-adengan yang keterlaluan dan tidak bersesuaian untuk ditayangkan di pasaran tempatan bermula 9 Mac 2023.
Susulan itu, ada pihak terutama kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan tegas dengan mengharamkan tayangan filem berkenaan.
Meskipun menerima kecaman hebat, namun ia tetap terus tayang di pawagam di seluruh Malaysia selain mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penonton.
Menerusi hantaran dibuat oleh salah sebuah pawagam tempatan, Golden Screen Cinema (GSC), filem berkenaan berjaya mencatat jumlah kutipan memberangsangkan daripada yang dijangka.
Difahamkan, filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Daniel yang ramai lagi mencatat kutipan 2 hari ‘box office’ iaitu sebanyak RM500.00.
“RM500,000 dalam 2 hari! Ramai orang dah pergi Pulau!,”tulis pihak GSC di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut seaakan tidak percaya dengan makluman daripada pihak GSC memandangkan mereka sedia maklum ramai menyatakan hasrat tidak mahu pergi menonton.
Terdahulu, penerbit filem Pulau, Fred Chong meminta orang ramai agar tidak mudah ‘boikot’ filem berkenaan tanpa menonton serta menilai sendiri kerana ia tidaklah seperti mana mereka sangkakan berdasarkan trailer.
Sumber: Facebook GSC
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.