23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Duduk Di PPS Atau Tidak, Semua Mangsa Banjir Warganegara Layak Terima Bantuan RM1,000


Semua warganegara yang menjadi mangsa banjir sama ada mereka berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ataupun tidak — bakal menerima bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada mereka yang berlindung di PPS, selain individu didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, arahan terkini membolehkan sesiapa saja yang terkesan akibat banjir dan warganegara boleh mendapat bantuan itu selepas nama mereka disaring oleh Pejabat Daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

photo 2021 12 23 15 39 09

“Kita akan menyalurkan bantuan berdasarkan senarai nama dikemukakan oleh kerajaan negeri dan perlu memproses serta menyaring (senarai nama) untuk memastikan pemohon adalah warganegara.

“NADMA akan terima apa saja data diberikan Pejabat Daerah atau PBT membabitkan sesiapa saja yang dirasakan layak, termasuk mereka yang menyewa kediaman di kawasan terjejas banjir dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana itu,” katanya.

acbdbe1c3ca81ffa30d43689e2777a6661c34decd979f

Aminuddin berkata, pada masa sama PBT perlu segera mengemukakan senarai mangsa terbabit bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan.

“Kita memahami kesukaran PBT mengumpul nama mangsa yang terjejas berikutan bilangan mereka yang ramai,” katanya.

329 (1)

Lapan negeri terjejas selepas dilanda banjir sejak Jumaat lalu susulan hujan lebat berterusan.

Pahang dan Selangor antara negeri yang teruk terjejas akibat bencana berkenaan.

Susulan kejadian itu, ada antara penduduk yang memilih sama ada terus berada di rumah sendiri atau menumpang di rumah saudara-mara dan rakan, berbanding berlindung di PPS.

1640281089 713 05001655 456E 4CE9 8AE1 BD227A6130EESumber: Berita Harian





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI