23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Dunia Nak Kiаmаt” – Enggan Ditаlak, Isteri Rela Bantu Suami ‘Ratah’ Anak Berusia 11 Tahun

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar khabar yang menyedihkan di mana ramai tergamak melakukan perbuatan sumbang dan mementingkan nafsu serakah sehingga sanggup ‘ratah’ anak perempuan sendiri.

Terbaharu, tular sebuah sedutan program bual bicara berjudul ‘Analisi’ oleh TV Alhijrah sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naik semula di platform TikTok, Puan Suzana Ghazali iaitu Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie sempat mendedahkan kisah sebuah keluarga yang bergelumang dengan kisah sumbang.

Dalam temu bual tersebut, Puan Suzana memberitahu terdapat kes di mana seorang ibu tergamak membiarkan anaknya menjadi mangsa ‘ratah’ oleh bapa tiri sendiri iaitu suaminya.

Apa yang menyedihkan, ibu tersebut sanggup membantu suaminya memegang di bahagian tangan untuk diikat pada bahagian hujung katil sebelum memegang kaki anaknya untuk membolehkan ‘bapa tiri’ durjana itu melondehkan seluar anak perempuannya berusia 11 tahun.

“Saya kan Kak Sue, mengaku saya sendiri yang tolong suami saya pegang tangan anak untuk suami ikat di hujung katil. Dan, saya yang pegang di hujung kaki anak saya untuk suami londehkan seluar dalam anak,”ujar Puan Suzana mengenai kisah individu terbabit.

@dinnieasyraf

Manusia, terkadang lebih keji daripada segala makhlok yang tercipta

♬ Sad Music – Max-Music

Mengulas lanjut, Puan Suzana memberitahu wanita tersebut diberi dua pilihan sama ada membenarkan anak kandungnya itu tidur bersama atau sekadar melihat sahaja. Jika tidak mendapat kedua-duanya, suaminya akan menceraikannya.

Sebaik sahaja mendengar pilihan yang diberikan, wanita tersebut ‘menghalalkan’ sahaja kelakuan dan tindakan suaminya ‘meratah’ anak kandung hasil perkahwinan pertamanya kerana enggan ditalakkan sekali lagi.

“Suami baru dia bagi tiga pilihan. Satu, bagi tidur dengan anaknya, kedua pula nak tengok sahaja jika tak boleh tidur bersama. Jadi, dia kata kalau tak dapat kedua-duanya ini, lelaki tersebut akan ceraikan wanita itu.
“Dia tak nak buat laporan polis takut diceraikan semua,”jelas Puan Suzana lagi.095903w64b6jyhrr6hs6vm

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan rasa geram dan terkejut dengan tindakan seorang ibu membiarkan anak perempuannya menjadi mangsa kerakusan nafsu suami yang baru sahaja dinikahinya.Screenshot 2022 09 10 at 2.59.21 PMScreenshot 2022 09 10 at 2.59.26 PMScreenshot 2022 09 10 at 2.59.56 PMScreenshot 2022 09 10 at 3.00.06 PMScreenshot 2022 09 10 at 3.00.45 PMScreenshot 2022 09 10 at 3.00.55 PMScreenshot 2022 09 10 at 3.01.10 PM

Kredit: TikTok @dinnieasyraf

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI