Kini, masyarakat sudah semakin sedar tentang pentingnya diet. Diet boleh dipilih untuk menggalakkan penurunan berat badan atau penambahan berat badan.
Namun sebagai masyarakat di Malaysia yang sudah terbiasa dengan diet nasi terkadang timbul rasa bosan, tak salah untuk ubah citarasa.
Jom ikuti resepi daripada seorang coach diet Aizat Razak yang berkongsi Resepi Spaghetti Aglio Olio Diet.
“Eh Nak Diet Dengan Makan Spaghetti, Bosan Makan Nasi”- Jom Ubah Citarasa Dengan Resepi Spaghetti Aglio Olio Diet, Try Dulu Baru Tahu!
Bahan-bahan:
100 gm spagethi yang belum direbus (350 kcal ++)
2 sudu kecil minyak – Saya guna Pure Olive Oil sebab untuk ada rasa minyak zaitun (90 kcal)
2 – 3 ulas Bawang putih
Serbuk lada hitam
Serbuk Italian
Capsicum (tak wajib)
Chili Flakes
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, masukkan bawang putih Biarkan ia naik bau, masukkan serbuk lada hitam dan serbuk Italian ke dalam kuali
Masak seketika dan masukkan spagethi yang sudah direbus
Gaulkan dan siap untuk dihidang.
Nota: Untuk tambahan protein, boleh tambahkan ayam bakar atau brokoli ke dalam spaghetti tersebut. Menu ini juga boleh dibahagi kepada 2 bahagian untuk 2 kali makan.
Sangat mudah dan ringkas sahaja, kini tiada lagi alasan untuk tidak mengamalkan diet. Apa yang penting jangan putus asa, tetap semangat dan jangan lupa share resepi sihat ni.
Kredit: Aizat Razak
Baca juga: Sedap Makan Panas-Panas Cicah Kopi O, Ini Resepi Cucur Jawa Kegemaran Ramai Sejak Dulu Lagi. Memang Menggamit Memori!
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.