29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

‘Father’s Organic Farm’ Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite Cantik, Sejuk Ala-Ala Oversea!

Kejadian tanah runtuh yang meragut berbelas nyawa berlaku di tapak perkemahan di Father’s Organic Farm Genting menggemparkan para pengunjung yang berada di kawasan tersebut sejak awal pagi Jumaat (16 Disember 2022).

Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

1671167225 930 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

Tapak perkhemahan tersebut terletak 4 kilometer dari Genting Highland, Pahang dan merupakan kawasan tumpuan buat para penggemar rekreasi luar khususnya buat mereka yang ingin berkhemah.

1671167225 898 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

1671167225 467 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hingga 8 minit perjalanan dari tempat meletakkan kereta dan sepanjang perjalanan menuju ke tapak perkhemahan, pelbagai tumbuhan dan sayuran organik yang ditanam serta beberapa jenis pokok buah-buahan dapat dilihat.

1671167226 638 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

1671167226 364 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

Kawasan perkhemahan yang dikelilingi oleh hutan rimba tersebut adalah tinggi serta menyajikan pemandangan yang cantik dan terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tempat memasak, kawasan unggun api, tandas awam dan sebagainya — sekali gus menjadikan kawasan ini sebagai satu pilihan yang tepat buat mereka yang menyukai aktiviti luar dan ingin meluangkan masa bersama keluarga.

1671167227 613 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

1671167227 456 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite1671167227 585 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

Antara aktiviti yang disediakan adalah menuai sayur-sayuran, berenang di air terjun, makan tengah hari yang disediakan oleh Mother’s Kitchen, lawatan ke ladang haiwan dan barangan yang diketuai oleh pemilik Father’s Organic Farm.

Memiliki ladang yang cantik, air terjun yang jernih, lawatan hebat, makanan enak, serta pemilik yang peramah menjadi alasan mengapa masyarakat memilih kawasan ini untuk berkhemah.

1671167228 346 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

1671167228 862 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

P/S: Salam takziah untuk kesemua keluarga dan mangsa terlibat. Semoga usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap akan dipermudahkan.

 

1671167228 264 Fathers Organic Farm Yang Tanah Runtuh Tu Rupanya Port Campsite

Sumber: KOSMO! ONLINE

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI