26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023
spot_img

‘First Aid Kit’ Penting Perlu Ada Jika Travel Ke Lokasi Outdoor & Terpencil


Pengembaraan outdoor sememangnya memberikan kepuasan yang tersendiri. Berada jauh dari peradaban dunia yang sibuk dengan pelbagai hiruk-pikuk bising mampu memberikan ketenangan.

Jadi kali ini, LIBUR ingin kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel dan lakukan aktiviti outdoor terutamanya ke lokasi terpencil.

422904
Spray photo created by 8photo – www.freepik.com

Berikut merupakan beberapa senarai ubat-ubatan basic sahaja.

Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.

  • Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
  • Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
  • Ubat selsema dan demam
  • Ubat batuk
  • Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine
  • Ubat sakit tekak
  • Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan
  • Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka
  • Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh
  • Micropore tape
  • Alat untuk mencuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara
  • Pin keselamatan, gunting dan penyepit
  • Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide)
  • Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate)
  • Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide)
  • Ubat julab untuk sembelit
  • Antacid untuk penghadaman
  • Krim antifungal atau antibakteria
  • Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone
  • Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone
  • Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
  • Penitis mata
  • Ear plugs
  • Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
  • Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
  • Kad insurans perlindungan kesihatan

Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.

Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.

Sumber: myDR & MyHEALTH



Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI