25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“First Time Mangsa Banjir Kena Ketuk!” – Video Babi Hutan Nak Naik Bot Buat Netizen Berdebat

Negara sedang dilanda musibah banjir yang teruk terutamanya negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Hampir seramai 56,159 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Apabila berlakunya banjir, bukan kehidupan kita sahaja terjejas. Bahkan hidupan lain seperti haiwan. Kebarangkalian untuk kita berjumpa dengan haiwan seperti buaya atau babi hutan juga mungkin berlaku. Viral satu video di Tiwtter di mana seorang pengguna berkongsi suasana banjir di kawasannya.

Mangsa banjir dipukul dengan dayung bila cuba naik ke dalam bot.

🤣🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/LFzJPCP3Zi

— KucingKèrong (@KlutzyKucing) December 20, 2022

Berdasarkan video, beberapa orang pemuda sedang menaiki bot untuk melalui satu kawasan. Tanpa dijangka, ada beberapa ekor babi hutan berada di sekitarnya. Tiba-tiba, seekor babi hutan itu berenang menuju ke arah bot mereka,

Demi menyelamatkan diri, salah seorang pemuda mengetuk kepala babi hutan tersebut untuk mengelak dari babi itu menaiki bot. Tindakan pemuda tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong, ketawa namun ada juga yang menyelar tindakan pemuda tersebut.

Namun, seorang pengguna Twitter menjelaskan mengapa babi hutan itu tidak wajar untuk diselamatkan.

For the people saying that they should have helped it, here’s a reminder that wild boars have been known to swim long distances across open waters and will probably survive the floods as they are highly adaptable to harsh environments.

— Aim For The Stars (@AiminPublic) December 20, 2022

Dia menjelaskan babi hutan berupaya untuk berenang untuk jarak yang jauh dan mampu hidup dan beradaptasi terhadap persekitaran. Jadi, kebarangkalian babi hutan untuk hidup selepas banjir adalah tinggi.

Tambahnya lagi, berdasarkan video tersebut itu adalah sekeluarga babi hutan. Maka si ibu yang berenang ke arah bot tidak bertujuan untuk menaiki bot. Si ibu hanya ingin melindungi anak-anaknya.

Untuk anda yang sedang menghadapi musibah ini, moga diberi kekuatan dan keselamatan. Moga semua selamat hendaknya. 

 


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI