Seorang gadis tidak menyangka sambutan ulang tahun kelahirannya kali ini menjadi lebih istimewa apabila menerima ‘hadiah’ daripada penyanyi legenda, Mai Bai.
Kisah gadis bernama Farah Damia itu dikongsi oleh rakannya, Nur Farah ‘Aqilah menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok sehingga meraih perhatian orang ramai.
This deserved a post! Celebrating my friend’s birthday then suddenly the uncle besides us offered to sing. HE WAS MAN BAI !! Thank you uncle Man bai. We are so lucky 🥹 #malaysiansinger #kauilhamku #fyp #fypシ #foryoupage
♬ original sound – Just Farah – Just Farah
Menurut Nur Farah ‘Aqilah, dia menyambut hari lahir rakannya di sebuah restoran sebelum mengatakan bahawa ‘pakcik’ di meja bersebelahan mereka secara tiba-tiba menawarkan diri untuk bernyanyi.
Mungkin baru menyedari ‘pakcik’ tersebut merupakan Man Bai, dia mengambil peluang bagi merakam sebaik penyanyi berusia 55 tahun itu menyanyikan lagu popularnya yang berjudul Kau Ilhamku.
Menerusi rakaman berdurasi hampir seminit itu, Farah Damia dilihat tersenyum gembira selepas tidak menyangka hari lahirnya disambut dengan penuh istimewa.
Video berkenaan meraih 241,500 tontonan sejak dikongsi tiga hari lalu, selain lebih 400 komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi berhubung momen terindah itu.
Rata-rata mengucapkan selamat hari lahir kepada Farah Damia selain menyifatkan dia bertuah mendapat ‘hadiah’ bermakna kerana dihiburkan oleh artis otai secara siaran langsung tanpa sebarang bayaran.
Bukan senang tiba-tiba artis menyelit raikan hari jadi kita, tiba-tiba tawar diri menyanyi.. eh semuanya tiba-tiba! Mesti kedua-dua Farah tak dapat lupakan pengalaman berharga itu.
Sumber: TikTok @frh_aqlh, Instagram Nur Farah ‘Aqilah & Farah Damia
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.