23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Gara-gara laci BSH putus ekor, tuan tak jadi kesian selepas si bulus tunjuk perangai sebenar dia.

CUKUPLAH ‘macai’ (tuan) patah hati, yang engkau nak patah ekor kenapa?

Begitulah kapsyen lucu yang ditulis oleh Eja Saad, 33, pada video dimuat naik menunjukkan kucing baka British Short Hair (BSH) terputus ekor akibat tersepit laci.

Bercerita kepada mstar, Eja memperincikan semula kisah di sebalik ‘insiden’ si bulus peliharaannya yang lahir pada 1 April lalu dan diberi nama Grey, hilang sebahagian ekornya.

“Hari tu saya baru saja balik dari tempat kerja. Saya perasan perut kucing betina saya yang bunting tu dah kempis.

“Saya syak dia dah beranak cuma tak tahu di mana, jadi merata tempat dalam rumah saya cari anak dia. Rupanya ada dalam laci dekat kawasan gelap.

“Laci tempat dia beranak tu pula dekat bucu jadi kemungkinan si Grey ni dihempap mak sendiri. Ruang laci tu agak sempit jadi mungkin dia terkepit. Tapi adik beradik Grey lagi tiga ekor tu selamat,” ujar Eja.

Menurut Eja yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur, setelah lebih kurang sebulan setengah, ekor Grey kelihatan kecil dan terbantut.

Mula timbul rasa bimbang dengan keadaan Grey, Eja membawanya ke kli nik v3terinar bagi mendapatkan r4watan.

“Risau juga bila tengok ekor dia macam tu. Jadi saya bawa pergi jumpa d0ktor tapi doktor cakap tak ada masalah serius cuma kena perhatikan n4jisnya saja supaya tak terkena j4ngkitan bahagian luk4.

kuc2

Grey (dua dari kanan) bersama ‘adik-beradiknya’ sewaktu baru dilahirkan.

“Saya cuma guna iodin saja untuk sapu bahagian luk4 bagi cepat kering. Tapi luk4 tu pun ambil masa tiga hari saja dah sembuh. Lepas lebih sebulan dia tersepit, saya tengok d4rah macam tak mengalir sampai ke hujung ekor sebab tu macam kecut.

“Pada 23 Mei, bangun saja dari tidur saya tengok dekat depan rumah ekornya dah tertanggal,” ujar Eja yang mengaku terkejut terjumpa ekor kucing yang sudah terputus.

Sebagaimana perkongsian di TikT0k, Eja berkata Grey merupakan seekor kucing jantan yang aktif bermain walaupun mengalami kec4catan pada ekor.

Sekarang tengok dia dengan ‘ekor arnab’ jalan terkedek-kedek tu comel saja.

Ujar Eja, dia pada mulanya simpati dengan nasib Grey namun setelah melihat keletahnya yang buas, terus hilang rasa bimbang tersebut.

“Dia sangat hyper dan kuat main. Dalam bekas air minuman pun dia masuk. Masa putus ekor tu lebih pada kasihankan dia. Tapi bila tengok dia punya kenakalan tu terus hilang rasa kasihan, geram lagi adalah.

kuc3

Keadaan ekor si bulus sebelum terputus.

“Sekarang tengok dia dengan ‘ekor arnab’ jalan terkedek-kedek tu comel saja. Grey seekor saja jantan, adik beradik lain semua betina. Dia pure breed BSH sebab mak ayah dia dua-dua ekor ada certificate. Saya akan m4ndulkan mereka bila dah besar sikit nanti,” katanya lagi.

Eja yang bekerja di bahagian peruncitan kini memiliki empat ekor kucing dewasa dan tujuh ekor anak kucing.

Sehingga kini, perkongsian Eja di TikT0k yang menjadi tular telah meraih lebih 2.8 juta jumlah tontonan.

kuc4

Ekor Grey terputus setelah usianya sebulan lebih.

Video tersebut dihujani dengan pelbagai komen netizen yang berada dalam dilema sama ada mahu berasa simpati atau ketawa setelah melihat gelagat si Grey seolah tiada apa-apa berlaku.

“Dilema nak sedih ke nak ketawa. Nasib baik comel.

“Jaga-jaga kak tanda-tanda untuk nakal tu dah keluar tu.

kuc5

Antara komen netizen di TikT0k.

“Nak gelak tapi kasihan. Keliru ni nak nangis ke gelak.

“Geram saja dia celup kaki dekat air tu,” komen netizen pada video tersebut.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI