27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Genting Dream Belayar Dari Singapura Ke Malaysia Bermula Julai. Yang Plan Bercuti Naik Cruise Dah Boleh Ready!


Berita baik untuk yang dah ada plan nak bercuti secara eksklusif dengan menaiki kapal persiaran atau cruise. Bagi yang inginkan kelainan dan pengamalan baru, bercuti di atas cruise juga pasti menarik kerana pelbagai aktiviti disediakan untuk dinikmati sepanjang percutian

Terbaru jenama kapal persiaran mewah dan gaya hidup dinamik, Resort World Cruises mengumumkan akan mula belayar dari Singapura ke destinasi antarabangsa bermula 1 Julai dan seterusnya.

81582214515 kapalMVGentingDre
Genting Dream akan berlayar ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia. – Foto BERNAMA

Ia termasuk pelayaran ke Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) dan Pulau Pinang di Malaysia serta Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.

“Kami akan terus menambah lebih banyak lagi destinasi popular ke Phuket dan Krabi di Thailand dam North Bali di Indonesia bermula Oktober 2022 dan seterusnya bagi menyediakan kepada pelanggan kami dengan lebih banyak pilihan destinasi,” kata presiden Resorts World Cruises, Michael Goh, dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Goh mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand atas sokongan berterusan mereka dalam melancarkan destinasi pelayaran dengan Resorts World Cruises.

genting2 710x379 1
kredit Photo: Dream Cruise

Menurut kenyataan itu, pesiaran tiga malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson)-Pulau Pinang akan belayar bermula 3 Julai dan seterusnya dan kemudiannya pesiaran dua malam Kuala Lumpur dan Melaka (menerusi Port Dickson) akan belayar pada Rabu.

Destinasi pertama pelayaran adalah pada 1 Julai dengan pesiaran dua malam di Kepulauan Bintan dan Batam yang belayar pada Jumaat.

Yang dah ada plan nak bercuti naik cruise jangan lepaskan peluang. Dah boleh ready untuk percutian ala VIP di atas kapal persiaran, salah satunya dalah Genting Dream!

Sumber: BERNAMA

Lindungi kulit muka bila bercuti, pakai Krim baru terjaga!



Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI