25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Gua Lepak” – Port Makan Dalam Gua, ‘Hidden Gem’ Terbaru Di Batu Caves!

Kalau sebut tentang Batu Caves, pasti ramai yang hanya mengetahui ianya merupakan lokasi popular setiap kali tibanya perayaan Thaipusam.

Sementara gua, binaan patung gergasi dan tangga warna-warni Batu Caves pula terkenal sebagai tarikan pelancong dari seluruh dunia!

Tetapi masih ramai tidak tahu bahawa kini Batu Caves mempunyai satu lagi tarikan baru atau “hidden gem” yang tersendiri apabila terdapat sebuah ‘tempat makan dalam gua’ di sana.

Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

1678791062 93 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

Port makan yang dimaksudkan adalah GUA LEPAK Hidden Street DiningTaman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor yang baru sahaja dibuka secara rasmi pada 3 Mac lalu.

Gua Lepak menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana gua yang sejuk dan santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

1678791063 719 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

1678791063 641 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

1678791064 467 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

Kalau korang nak tahu, Gua Lepak adalah sebuah tempat makan yang berkonsepkan jualan gerai-gerai di mana terdapat 15 jumlah gerai kesemuanya yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta ada juga gerai shisha untuk yang nak melepak lama.

1678791064 851 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

Walaupun korang makan dalam gua, tetapi jangan risau di Gua Lepak mereka turut menyediakan kemudahan WIFI, kawasan letak kereta percuma, surau dan tandas.

1678791065 266 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

Jadi tunggu apa lagi sebelum tempat ini jadi viral dan kena beratur panjang nak makan nanti, jom datang lepak cepat dengan geng-geng korang!

Gua Lepak dibuka dari pukul 5 petang hingga 1 pagi. 

1678791065 577 Gua Lepak Port Makan Dalam Gua Hidden Gem Terbaru

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI