29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Guna Sardin Tin Je”, Wanita Ini Dedah Resepi Asam Laksa Yang Paling Kaw & Sangat Mudah!

Asam Laksa merupakan hidangan yang mempunyai rasa masam dan diimbangi dengan rasa manis serta pedas.

Kalau pandai buat memang betu-betul sedap dan menjadi. Kaw tu tak payah cakap lah, 40 hari 40 malam teringat kesedapannya tu.

Nak cuba buat Asam Laksa ini? Jom kita ikuti resepi mudah yang dikongsikan oleh Ifah Mohd Zaki ini. Memang mudah sebab guna sardin tin je. Tak payah nak siang ikan dah.

Cara Buat Asam Laksa Yang Mudah & KawBahan-bahan:1 tin sardin adabi (besar)1 tin sardin kecil1 paket pes asam pedas adabiBawang merah 4 bijiLada kering/cili bohBelacan sikit

* Kisar bahan di atas kecuali sardin tin kecil. Yang kecil tu hancurkan guna garfu sebab nak bagi rasa ikan ketul-ketul sikit. Ambik sekali dengan kuah ye!

Bahan-bahan lain:Bunga kantanDaun kesumAsam kepingUlam-ulam:TelurLimau kasturiSaladBawang merah/besarTimun batangCiliCara Penyediaan:Masukkan bahan kisar dalam periuk serta sardin yang dihancurkan tadi.Tambah dengan air ikut suka nak banyak mana. Ikut kepekatan yang disukai.Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping dan perasakan dengan garam.Siap untuk dihidangkan.

resepi asam laksa

Mudah sahaja kan nak buat Asam Laksa ni. Bahan yang digunakan pun sangat simple. Nak menyediakannya juga tidak mengambil masa yang lama.

Rasanya pula lebih sedap dari asam laksa yang ada dekat-dekat Mall tu. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita buat sekarang!

Kredit: Ifah Mohd Zaki

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resepi Kuah Laksa Penang Yang Tak Hanyir Dan Bau Wangi Semerbak, Sedap Sangat Kalau Buat Niaga Confirm Laku Keras!

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI