26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Hafeez Mikail bertunang, pesan bakal isteri ‘siap sedia’ kritikan netizen

Pelakon lelaki, Hafeez Mikail semalam selamat bergelar tunang kepada pilihan hatinya iaitu Nor Azira Azman, 26 di kediaman wanita terbabit di Beranang Selangor.

Menerusi laporan dari Mstar, Hafeez memaklumkan selepas setahun menjalinkan hubungan cinta, kini masanya dia membawa hubungan ke fasa yang lebih serius memandangkan usianya sudahpun menjangkau 30 tahun.

Kami bermula sebagai kawan dan kemudian barulah bercinta. Dia bukanlah orang dalam industri seni.
“Rasanya sudah tiba masa untuk saya berkahwin. Umur pun semakin meningkat. Keluarga juga sudah merestui jadi eloklah saya cepatkan untuk jadikan hubungan ini halal,” katanya.

Ujarnya lagi, ketika ini dia sedang berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang baik agar dapat memikul tanggungjawab baru tidak lama lagi.

“Kalau nak cakap persediaan menjadi suami orang tu dah lama sedia. Tetapi apabila sudah bertunang ini saya haruslah lebih kerja keras dan memperbaiki diri untuk jaga anak orang.
“Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Nanti saya akan umumkan,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut berkenaan bakal suri hatinya, pemilik nama sebenar u Muhd Hafiz Muhd Zaki memaklumkan yang wanita tersebut sangat memahami serta sentiasa memberi dorongan kepadanya lebih-lebih lagi dalam urusan kerjaya.

Dia juga sempat memberikan peringatan awal kepada bakal isterinya itu supaya bersedia dengan komen-komen negatif netizen memandangkan dia menjalinkan hubungan dengan seorang artis.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.
“Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia nanti,” jelasnya.

Hafeez Mikail merupakan antara pelakon yang kerap membintangi drama di televisyen. Dia yang jarang terpalit dengan kontroversi pernah menceburi bidang penerbangan apabila menjadi crew cabin sekitar 2 tahun pada 2010 hingga 2012.

Sumber: Mstar (Farol Hadi), kredit foto cameykaelfilm

 


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI