27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Hai…Nak TUMPANG Boleh?? Kuat Sangat angin ni,…. Betul-betul melekat, apalah agaknya kesudahannya.

Binatang bernama Cicak adalah antara spesies reptilia yang mampu mengundang rasa geli dan takut bagi kebanyakan orang terutama wanita. Lelaki pun tidak kurang juga ada yang sangat-sangat geli kepada cicak.

Realitinya memang ramai yang sangat geli dengan cicak. Lebih memburukkan keadaan apabila si cicak beranak pinak mewujudkan keturunannya di rumah anda. Kadang-kadang.. ada yang rasa tidak nyaman berada dirumah kerana asyik terdengar bunyi cicak di siling rumah. bila dengar dengar je rasa dah tak nyaman apatah lagi kalau ternampak cicak itu depan mata,.. huru hara lah jadinya.

Satu perkongsian video yang menarikd aripada seorang pengguna fesbuk ini amat mengundang geli kepada para penggeli cicak.

Screen Shot 2022 11 12 at 9.33.56 AM

Mana tidaknya… cicak berada betul-betul depan mata. Dah lah tak dapat nak lari sebab berada dalam kereta. Nasib baiklah cicak tu berada diluar kereta, kalau tidak memang naya je huru hara dalam kereta.

Screen Shot 2022 11 12 at 9.34.28 AM

Kelihatan dalam video seekor cicak sedang berusaha untuk menyelamatkan diri daripada terjatuh. ia sedang berada dan berpaut diluar cermin kereta yang sedang bergerak. seperti yang kita tahu cicak mempunyai kaki yang melekat jadi cicak di dalam video memang tidak berganjak dari cermin kereta yang mana orang-orang yang. berada di dalam kereta mungkin berharap agar cicak itu segera pergi diterbangkan angin.

Nak masuk dalam kereta pun tak boleh sebab cermin tertutup rapat. Nak buka cermin tingklap kereta tu apatah lagi lah kan kalau semua yang ada dalam kereta tu memang jenis penggeli haiwan bernama cicak ni. Lucu pun ada bila nengok nyeee.

Kesian pun ada bila tengok tapi dah nak buat macamana kan. Penggeli cicak ni ramai, jadi tak dapek nak kata macamano. Tak dapek nak nolong.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI