31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Hangat Menjadi Perbualan Netizen, Founder Pakai Telekung RM 16000! Apa Hukumnya Menurut Islam?


Seperti yang kita tahu, kebanyakan pengasas atau founder suatu perniagaa di Malaysia suka kongsikan kemewahan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berjaya. Sering memaparkan kemewahan seperti pergi membeli belah pakaian berjenama yang mahal, koleksi kereta-kereta mewah dan sebagainya.

Viral baru-baru ini TikTok @halizamaysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive di mana beliau mengambil pendekatan berbeza dengan berkongsi telekung beliau bernilai RM16,000.

Menerusi perkongsian video pendek, beliau memaklumkan telekung bernilai RM16,000 digunakan untuk berjumpa Allah sekaligus menghilangkan rasa bersalah memakai beg berharga belasan ribu untuk berjumpa rakan-rakan.

@halizamaysuri

Semuanya Allah yang bagi 💚

♬ Bukan Aisyah bukan Siti Khodijah – Iren Lafebian

Melalui perkongsian tersebut, mencetuskan pelbagai reaksi dan pendapat di kalangan netizen. Kebanyakan dari mereka menyatakan analogi yang digunakan adalah tidak sesuai.

Kita rujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuanhukum memakai pakaian yang cantik dan mahal adalah harus jika berkemampuan

Walaupun begitu, pakaian yang mahal dan cantik boleh dipakai dengan beberapa dawabit atau garis panduan yang perlu difahami dan diikuti:

  • Bukan pakaian yang diharamkan terhadap orang lelaki seperti sutera
  • Jangan sampai kepada tahap membazir.
  • Bukan pakaian yang boleh membawa kepada sifat takabbur

Dari sudut fiqh aulawiyyat juga perlu diambil kira di saat mereka yang memerlukan bantuan lebih banyak lagi, maka mengelakkan dari memakai pakaian seumpama tersebut adalah lebih utama.

Islam itu bersederhana, moga kita sentiasa muhasabah diri dan terus memperingati antara satu sama lain.

 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI