Usahawan dan pelakon, Aeril Zafrel bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal yang telah menggunakan gambar dia dan isterinya, Wawa Zainal beserta kapsyen yang mengundang fitnah.
Menurut laporan Harian Metro, Aeril telah menyuruh peguammnya untuk menghantar letter of demand (LOD) susulan artikel yang telah disiarkan oleh portal hiburan terbabit.
Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 34 tahun itu turut menafikan dakwaan terbabit dengan menegaskan dia sering melayani para pekerja dengan baik malah, turut memberi bonus kepada setiap pekerja berdasarkan pencapaian positif kepada syarikat.
“Saya dah suruh peguam saya untuk hantar letter of demand (LOD) sebab kapsyen dan gambar memang dah mengundang fitnah.
“Memang fitnah. Sebab saya tak pernah bayar gaji staf lambat, malah siap bagi duit bonus , duit zakat, duit raya dekat staf tiap tahun,”,” katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan kepada umum terdapat pasangan popular bertindak menindas pekerja dengan memotong gaji semua staf sebanyak 35 peratus.
Difahamkan, tindakan terbabit diambil susulan pekerja di syarikat tersebut tidak mencapai sasaran jualan yang ingin dicapai dan hantaran tersebut tidak menyebut nama mana-mana pasangan popular.
gile boleh ke macam ni pic.twitter.com/VceLa6Kimc
— Pedoq! At The Disco (@pedoqpop) February 20, 2023
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin), Twitter @pedoqpop
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.