Tidak dapat dinafikan bahawa hidangan somtam adalah antara hidangan dari negara Thailand yang mendapat tempat di hati penikmat makanan rakyat Malaysia. Dengan rasa gabungan masam manisnya, memang sedap dimakan bersama nasi sebagai penyedap makanan dan dijadikan hidangan sampingan. Boleh bertambah nasi tau!
BacaJuga
“Niaga Sambil Sedekah Tu..” Lelaki Ini Terkejut Temui Gelang Tangan Dalam Somtam Yang Dimakan Ogos 9, 2022 1
“Meleleh Air Liur Tengok Somtam Ayam Goreng Ni”, Ramai Yang Terpikat Dengan Resepi Ini, Ratah Saja Pun Sedap! November 20, 2021 5
Jadi untuk perkongsian kali ini, kami ingin kongsikan cara buat somtam manggaa dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja! Jom kita cuba buat resepi somtam mangga style ibu ini hasil perkongsian Ameera. Cara penyediaan simple tapi sedap sangat!
Hanya Guna 5 Bahan, Ini Cara Yang Senang Buat Somtam Mangga Cukup Rasa Masam & Manis. Resepi Khas Dari Ibu!
Bahan-Bahan:4 biji manggasedikit udang kering (saiz kecil)1 biji bawang merah5 biji cili padisos ThaiCara Penyediaan:Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah. Masukkan udang kecil.
Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.
Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut citarasa masing-masing.
Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.
Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Siap dan boleh dihidang somtam mangga kita ni! Nak ratah sahaja boleh, nak makan dengan nasi lagi mantap! Memang menjadi penambah selera ni tau. Gabungan rasa masam-manis yang sebati dan sedap. Kalau korang ada mangga muda misalnya dan tak tahu nak buat apa, bolehlah buat resepi ni.
Tak rugi cuba, pasti akan ulang masak lagi. Semoga perkongsian car buat somtam mangga ini bermanfaat buat semua dan selamat menikmati.
Sumber: Ameera
Baca juga: Resepi Lejen Orang Kelantan! Ini Cara Masak Gulai Kerutuk Kaki Ayam Yang Pekat Melikat, Ratah Saja Pun Sedap!
0/5 (0 Reviews)
Free Download WordPress ThemesDownload Nulled WordPress ThemesFree Download WordPress ThemesPremium WordPress Themes DownloadZG93bmxvYWQgbHluZGEgY291cnNlIGZyZWU=download micromax firmwareTags: somtamsomtam manggasomtam Thai
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.