25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Harapnya Hari Ni Kena Sita, Esok Tak Tumbuh Balik” – DBKL Sita Peniaga Rohingya Di Pasar Selayang

Baru-baru ini viral satu klip video di mana seorang lelaki menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang berniaga di sekitar kawasan Pasar Selayang.

Pasar Borong Selayang dah kena pulak. Harap settle lah. Depa ni tak boleh kerja, tak boleh berniaga, diaorang datang menumpang sementara tunggu dihantar ke negara ke tiga. Tapi UNCHR ni babi, letak terus takda tindakan. Datang sini siap buat kongsi gelap sendiri ugut org tempatan pic.twitter.com/t3qawmXSJa

— Dis (@Tfsgxy_) February 14, 2023

Tidak menunggu lama, lapan aktiviti perniagaan etnik Rohingya \diambil tindakan sita dan pindah barangan perniagaan dalam serbuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Jalan Besar dan Jalan Selayang Baru, Pasar Harian Selayang di sini, kelmarin.

Serbuan yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan DBKL dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu dilakukan pada 2 pagi.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi DBKL, selain tidak memiliki kebenaran untuk menjalankan perniagaan, penjaja warga asing itu turut meletakkan barangan perniagaan mereka di atas jalan dan tempat parkir kenderaan.

Tindakan penguatkuasaan DBKL diambil menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 46(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

DBKL berkata, kerjasama dan tindakan bersepadu membabitkan pegawai dan anggota penguat kuasa dari MPS termasuk dengan kerjasama semua agensi lain akan dilaksanakan secara berkala dalam masa terdekat.

“Ia bagi memastikan aktiviti perniagaan warga asing dapat dibanteras,” katanya.


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI