31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Hargai pelanggan, Sun Life Malaysia perkenal burger istimewa sempena ‘anniversary’ ke-10

Penyedia insurans hayat dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia bekerjasama dengan sebuah jenama burger tempatan, myBurgerLab bagi memperkenalkan satu menu istimewa ‘Sunny Burger’.

Ia adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong Sun Life Malaysia sehingga menyambut ulang tahun ke-10 baru-baru ini.

Kalau anda nak tahu, ‘Sunny Burger’ menjanjikan aroma dan rasa menakjubkan apabila dihidangkan bersama jagung bakar, mayo kari limau berkrim, sos keju serta ayam goreng rangup yang pasti memukau selera pelanggan.

Sama seperti slogan mereka ‘Life Is Brighter Under the Sun’, Sun Life Malaysia berharap menu yang dihasilkan dapat membangkitkan semangat positif, harapan dan optimis dimana setiap suapan boleh memberikan sinaran seperti matahari.

‘Sunny Burger’ boleh didapati pada harga RM10 bagi set ala carte di cawangan myBurgerLab yang terletak di Bangsar, Cyberjaya, Hartamas, Overseas Union Garden (OUG), pusat beli-belah MyTown dan Seapark dari 8 sehingga 31 Mac ini.

Untuk 1,500 pelanggan pertama sahaja tau! Bagi pelanggan yang gemar hidangan set lengkap, mereka akan diberi pilihan untuk menambah minuman dan makanan tambahan dengan harga RM9.90.

Bukan itu saja, Sun Life Malaysia juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran, kerjasama antara jenama, peraduan dan hadiah menarik bagi menunjukkan komitmen mereka sebagai penyedia insurans dan takaful yang dipercayai di Malaysia.

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI