26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023
spot_img

Hari-Hari Dengar Kes Curang, Tapi Lelaki Malaysia Tetap Terbukti No 1 Paling Setia Di Asia!

Meskipun sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kes-kes kecurangan yang melibatkan artis, selebriti, influencers malah juga orang biasa — terutama apabila suami dan laki orang yang sering ‘pasang dua’.

Namun siapa sangka ada satu kajian membuktikan bahawa sebenarnya lelaki Malaysia adalah yang paling setia di Asia.

Penemuan itu berasaskan satu kaji selidik yang dijalankan oleh aplikasi janji temu atas talian yang popular di Asia, iaitu Just Dating.

Hari Hari Dengar Kes Curang Tapi Lelaki Malaysia Tetap Terbukti No

Kajian tersebut menunjukkan peratusan curang di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi itu antara yang paling rendah di benua Asia.

Hasilnya, rakyat Malaysia mendapat jolokan negara yang paling setia daripada aplikasi terbabit berdasarkan keputusan soal selidik itu.

Kajian tersebut turut mendapati 50 peratus responden lelaki memilih untuk memaafkan pasangan mereka yang berlaku curang.

Manakala, 70 peratus pengguna wanita dari Malaysia akan segera angkat kaki untuk keluar dari hubungan sekiranya pasangan mereka tidak setia.

1676906741 940 Hari Hari Dengar Kes Curang Tapi Lelaki Malaysia Tetap Terbukti No

Indonesia pula menduduki tempat kedua kerana 40 peratus pengguna dari negara itu mengakui pernah mengkhianati pasangan masing-masing.

Sebanyak 50 peratus pungguna dari Thailand pula mengaku pernah menduakan pasangan membuatkan negara itu menduduki tempat ketiga.

Hari Hari Dengar Kes Curang Tapi Lelaki Malaysia Tetap Terbukti No

Sumber: Malaysia Dateline

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI