Baru-baru ini, ramai sebak apabila mengetahui hasrat aktres Allahyarham Syazlin Zainal yang tidak kesampaian apabila mahu menyambut ulang tahun kelahiran pada 14 November.
Terbaru, teman lelaki arwah iaitu Shaf Pablo meluangkan masa menziarahi pusara aktres tersebut di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur semalam.
Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, Pablo yang juga anggota kumpulan rapper ForceParkBois menitipkan ucapan hari lahir yang ke-26 buat Allahyarham Syazlin.
“Ya Allah cantiknya kekasihku hari ni (semalam). Selamat hari jadi sayangku,” tulisnya memaparkan foto telefon bimbit yang meletakkan gambar arwah sebagai ‘wallpaper’ skrin.
Malah di pusara tersebut juga, Pablo dilihat memakai baju kemeja yang sama sewaktu pernah bergambar kenang-kenangan bersama Syazlin ketika hayat Allahyarham masih ada.
Pada masa sama, kelihatan rakan-rakan terdekat turut menziarahi pusara Syazlin sambil menenangkan Pablo yang masih bersedih atas pemergian aktres yang juga pempengaruh media sosial itu.
Terdahulu, Allahyarham Syazlin dilaporkan maut dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada 10 November lalu.
Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi beberapa drama antaranya Sitik Tok, Oh My Hantaran, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Sumber: Instagram Shaf Pablo
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.