31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Hati-hati! Hanya Melalui Gambar Boarding Pass Yang Anda Kongsikan, Mampu Mengakibatkan Penerbangan Anda Terbatal!


Semenjak kebanyakan negara sudah membuka sempadan antarabangsa, mesti instagram story anda penuh dengan kawan-kawan yang keluar bercuti.

Antara trend yang telah menjadi sekian lama adalah dengan upload gambar atau video boarding pass anda. Kalau tidak, orang tak tahu yang anda sedang menunggu flight untuk ke oversea betul tak?

Tanpa kita sedari, akibat trend atau tabiat ini mendedahkan kita kepada bahaya. Seorang pemuda yang bernama Jason Ho telah menerangkan mengapa anda tidak patut kongsikan gambar tersebut di akaun Tiktoknya.

@coachjasonho PSA: Personal information hack #learningisfun #PSA #lifehacker #singaporeairlines #coachjasonho ♬ original sound – Coach Jason Ho

Melalui perkongsian tersebut, anda mungkin telah mendedahkan butiran peribadi yang amat penting, antaranya:

  • Nama penuh
  • No passport
  • Tarikh luput passport
  • 4 no terakhir kredit kad 
  • Tarikh lahir
  • Email
  • No telefon.

Dengan menggunakan segala butiran di atas, anda mungkin akan teraniaya akibat perbuatan dari orang yang tidak senang dengan anda. Mereka boleh membuat perubahan terhadap penerbangan anda dan lebih teruk lagi mereka boleh membatalkan penerbangan anda.

Jason Ho boarding pass

Ho menjelaskan, dengan hanya bersumberkan dari screenshot, beliau boleh akses secara terus fungsi “manage booking” di website Singapore Airlines.

Jadi, sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang dikongsikan di media sosial. Anda boleh berkongsi keterujaan anda untuk pergi bercuti namun tidak semua perkara wajar didedahkan. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari Rileklah!

Sumber: Mothership.sg





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI