28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Hati-Hati Jemaah Wanita, Solat Boleh Terbatal Jika Sujud Di Atas Kain Telekung Sendiri

Seseorang lelaki Muslim boleh sujud di atas kain rida atau serban yang jelas berpisah daripada tubuh badan si pemakainya kerana perbuatan itu tidak membatalkan solat.

Bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan bahawa ibadah itu terbatal jika individu tersebut sujud atas kain berkenaan yang bersambung dengan badannya atau erti kata lain kain telekung wanita.

Menerusi slot Irsyad Al-Fatwa yang terbaharu disiarkan di laman sesawang rasmi agensi itu yang bertajuk “Hukum Sujud Di Atas Telekung Sendiri Ketika Solat” — menjelaskan 2 hukum berbeza bagi situasi berlainan kerana bersujud di atas kain tersebut.

1) SAH – jika bahagian pakaian yang mengena tempat sujud itu tidak bergerak sebab pergerakan solat orang berkenaan.

2) TIDAK SAH – jika bergerak dengan pergerakan individu itu.

Hati Hati Jemaah Wanita Solat Boleh Terbatal Jika Sujud Di Atas

SYARAT SAH SUJUD

Ini kerana antara syarat sah sujud ialah mestilah perbuatan itu dengan sebahagian daripada dahi mengenai tempat sujud tanpa ada halangan yang menyekatnya untuk bersujud.

Secara umum, ulama merumuskan halangan dimaksudkan itu sama ada daripada pakaian yang dipakai, benda ditanggung seseorang atau objek tersebut bersambung dengan dirinya.

Agensi tersebut memetik pandangan Imam al-Nawawi yang menyebut dalam kitabnya, Minhaj al-Talibin, bahawa kadar minimum bagi sujud ialah hendaklah dahi menyentuh tempat sujud.

Maka, jika seseorang sujud di atas sesuatu yang bersambung kepada dirinya, perbuatan sujud itu sah sekiranya objek berkenaan tidak pula bergerak seiring dengan cara pergerakannya.

Hujah ini turut disepakati Imam al-Khatib al-Syarbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj, dibolehkan sujud jika sesuatu objek itu bersambung dengan dirinya seperti hujung baju yang panjang.

Ini termasuk kain serban dengan syaratnya, objek itu tidak bergerak selaras pergerakan orang tersebut ketika bersolat kerana dikira sebagai sesuatu yang telah terpisah daripada tubuhnya.

1662292784 399 Hati Hati Jemaah Wanita Solat Boleh Terbatal Jika Sujud Di Atas

SOLAT BOLEH TERBATAL

Hukum akan bertukar tidak harus atau haram jika objek itu bergerak sama dengan pergerakan individu tersebut ketika dia berdiri, duduk atau perbuatan yang selainnya.

Jika seseorang sengaja sujud di atasnya dalam keadaan dia mengetahui bahawa hukumnya adalah dilarang, maka, solat tersebut memang pun terbatal.

Keadaan bagaimanapun berbeza sekiranya dia memang terlupa atau jahil ilmu, solatnya tidak batal tetapi dia hendaklah mengulang semula sujud tersebut bagi menyempurnakan ibadah.

Hukum ditetapkan itu, disebabkan oleh sifat pakaian atau benda yang ditanggung seseorang, jika tidak bergerak seiring pergerakan, maka ia seumpama terpisah atau tidak bersambung.

Hati Hati Jemaah Wanita Solat Boleh Terbatal Jika Sujud Di Atas

HIKMAH MENGAPA SUJUD PERLU SEMPURNA

– Hikmah daripada suruhan ini adalah agar manusia sebagai makhluk akan dapat menghayati perasaan ketundukan dan kehambaan terus kepada Allah SWT selaku pencipta.

– Amalan ini mudah dirasai apabila manusia meletakkan bahagian paling mulia iaitu dahi di atas tempat kedudukan pijak kaki seperti disebutkan Ibn Hajar dalam kitabnya, Tuhfat al-Muhtaj.

– Perbuatan tersebut kata tokoh ulama berkenaan, tanpa disedari berupaya melengkapkan perasaan tawaduk yang membawa situasi kedekatan diri manusia langsung kepada sisi Allah.

– Perlakuan tersebut juga jelasnya, selaras dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Keadaan paling hampir hamba kepada Tuhan ialah ketika seseorang itu sedang sujud.

1662292785 733 Hati Hati Jemaah Wanita Solat Boleh Terbatal Jika Sujud Di Atas

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI