28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

‘Healing’ Yang Sebenar Di Selama, Perak!

Pe Kabor Semua? Kali ini Rileklah berpeluang sekali lagi hasil dari kerjasama bersama Tourism Malaysia untuk explore salah satu negeri yang boleh dikatakan lubuk untuk eco-tourism negara iaitu Perak! Dua lokasi yang bakal kita explore kali ini adalah Selama dan Gopeng!

Apa yang ada di Selama? 

Selama adalah satu lokasi yang memang kaya dengan keindahan flora dan fauna. Persekitaran yang memang nyaman dan dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Kalau tanya saya, Selama adalah the perfect getaway untuk anda yang dah bosan dengan kehidupan bandar.

Apa yang menanti anda di Selama? Ada 7 lata Air Terjun yang cukup indah dan memukau:

Lata Buluh, Kampung Sungai Simpul
Lata Damak, Sungai Bayor
Lata Rambong, Telok Mas
Lata Tebing Tinggi, Rantau Panjang
Lata Titi Dua, Jalan Sumpitan, Ijok
Lata Puteh, Ijok
Lata Panggung, Ijok

Kami berpeluang untuk singgah ke tiga lata. Pertama, adalah Lata Titi Dua!

Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Permandangan yang disajikan memang cukup cantik dan wow! Tak perlu terbang jauh ke luar negara, Lata Tebing Tinggi dah cukup memukau! Boleh lah anda bergambar berlatarbelakangkan air terjun! Tak lengkap kalau tak selfie!

White Water Rafting Di Lata Rambung

1671802458 52 Healing Yang Sebenar Di Selama PerakLata Rambung antara lata yang menjadi tumpuan untuk penggemar aktiviti air lasak! Di sinilah korang boleh cuba cabar diri dan rasai deruan adrenalin dengan bermain water rafting! Aktiviti wajib cuba jika ke Selama!

Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

1671802458 810 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

1671802459 786 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Terdapat beberapa level atau darjah kesukaran, pilih ikut kemampuan diri! Jaraknya pulak sejauh 4km dan tempoh berada di dalam sungai adalah selama 2 jam. Yang bestnya hanya berharga RM130 per pax termasuk :

makan 
pengangkutan (naik 4×4) 
semua kelengkapan keselamatan dan peralatan rafting
guide dan juga insuran!

Untuk maklumat lanjut hubungi 01163015026 (Idrus) / Selama Rafting (Facebook)

Port berkelah sempurna, Lata Tebing Tinggi

1671802459 498 Healing Yang Sebenar Di Selama PerakTempat perkelahan ini sering menjadi tumpuan ramai sama ada penduduk tempatan atau pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung pasti akan terpesona dengan pemandangan alam sekeliling yang hijau,air terjun yang jernih dan sejuk. Antara kemudahan yang disediakan di sini

tandas
bilik persalinan
gerai makanan
tempat berehat/makan
surau 
tempat letak kenderaan yang luas

1671802460 435 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Nak bermalam di tepi sungai, boleh menginap di D’Lata Chalet. Memang antara chalet yang comel lagi colourful Nak layan kesejukan air terjun dan udara hutan lipur yang segar, sinilah tempatnya. Bukak je pintu bilik, terus nampak air terjun Lata Tebing Tinggi.

Untuk tempahan tekan link wa.me/60175494071

 

Galeri Keris Pak Din Komando

1671802460 985 Healing Yang Sebenar Di Selama PerakDi sinilah kami didedahkan dengan seni hasil tangan penghasilan keris yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan juga antara seni yang semakin dilupakan.

1671802460 636 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Seni pembuatan keris dan sarung ini diusahakan oleh Encik Abdul Wahab Bin Hassan atau dikenali sebagai Pak Din Komando. Galeri ini terletak di Kampung Bagan Baru, Selama. Pak Din mempunyai lebih 100 koleksi keris yang dipamerkan di galerinya. 

Memancing udang sambil menikmati mee udang galah air gunung segar

1671802461 516 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Tarikan untuk kaki pancing pun ada! Korang boleh cuba pancing udang galah dari kolam air gunung! Taknak memancing? istimewanya udang galah di sini adalah kerana sepitnya bewarna biru.

Selain itu, anda boleh cuba mee udang antara hidangan istimewa penduduk yang berada betul-betul bersebelahan kolam udang galah ini. Makan mee udang dengan view yang best macam ni, memang buat kami rindu dengan Selama!

1671802461 344 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Bermalam di Selama Inn

Nak explore semua tarikan yang ada di Selama ni, satu malam memang tak cukup. Tak perlu pening kepala, korang boleh bermalam di Selama Inn. Harga memang berbaloi dengan bilik yang cukup selesa dan lengkap dengan air-cond!

1671802462 795 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

1671802462 924 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Ada tiga jenis bilik tersedia:

(a) 18 Bilik Biasa – RM90 satu malam

(b) 4 Bilik Chalet – RM135 satu malam

(c) 1 Bilik VIP – RM180 satu malam

Untuk tempahan, boleh hubungi: 011-1070 4960

Belajar Memanah Di Laman Sunnah APS

1671802463 178 Healing Yang Sebenar Di Selama PerakAntara tempat wajib singgah di Selama, salah satu ikon pelancongan sukan. Lapang sasar atau sekarang dikenali sebagai Laman Sunnah APS ini direka untuk mencabar fizikal pemanah di samping berpeluang merasai aktiviti baling kapak. 

1671802464 540 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

1671802464 18 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Selain dari memanah, anda juga boleh berkuda dan juga berenang! Memang syok habis!

1671802465 5 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Untuk sebarang tempahan atau maklumat lanjut boleh hubungi 019-9390 409

Bergambar Di Lorong Kenangan

1671802465 208 Healing Yang Sebenar Di Selama PerakLorong Kenangan” atau street art yang terdapat di pekan Selama memang cukup unik. Lorong ini dihiasi dengan mural kenangan zaman-zaman dulu dimana zaman live band,bas the blue ribbon (yang popular sekitar selama masa dahulu). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ber-ootd!

1671802466 349 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ber-ootd!

1671802466 182 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

 

Singgah Dua Peninggalan Sejarah

1671802467 754 Healing Yang Sebenar Di Selama PerakPertama, kita singgah Sungai Atas Sungai! Nama je dah unik kan? Sungai Atas Sungai merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok dan merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya. Sebuah jambatan dibina pada tahun 1936 merentasi terusan tersebut dan masih utuh sehingga kini. 

1671802467 306 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di jambatan biru ikonik ini!

Peninggalan sejarah kedua, Telaga Gergasi! Saiz telaga yang besar sedalam kira-kira 18 meter itu pastinya bersesuaian dengan panggilannya ‘telaga gergasi’ apabila anda melihatnya rakus ‘menelan’ air dari Sungai Ijok.1671802467 920 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Ini adalah peninggalan teknologi British yang dibina itu pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai, namun ciri mo­den binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengelak hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah setelah dibawa aliran air.

1671802468 788 Healing Yang Sebenar Di Selama Perak

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI