31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

“Hobi saya mulai lepas nikah haritu adalah usik dia” -Da’i Syed tak jemu sakat isteri

Kemesraan yang ditunjuk oleh pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dengan isterinya, Hana Ismail kadang kala membuatkan warganet ‘single’ cemburu.

Mana tidaknya, sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022, Da’i Syed gemar berkongsi video-video comel bersama isterinya yang dilihat sentiasa tersenyum manis melihat suami yang suka mengusik.

Menerusi hantaran terbaru pendakwah muda tersebut di IG Story miliknya, dia mengakui bahawa sejak bernikah tempoh hari, hobi barunya adalah mengusik Hana.

Dia yang terlihat gembira dengan reaksi personaliti TV Al Hijrah itu sentiasa berjaya mengukirkan senyuman dibibir isteri dalam apa saja situasi termasuklah ketika sedang memandu kenderaan.

Baru-baru ini, Da’i Syed telah berkongsi video dia mengejutkan isterinya yang baru pulang sehingga Hana hampir ‘terkarate’ suami yang tiba-tiba muncul disebalik pintu.

Ada juga video menunjukkan mereka bermain hujan dengan Hana menunggang basikal sementara anak jati Perlis itu berlari-lari mengejar isteri tercinta.

Untuk rekod, Da’i Syed dan Hana Ismail telah mengambil keputusan untuk bernikah selepas masing-masing melakukan solat istikharah selama 7 hari setelah pertemuan beberapa jam bersama keluarga masing-masing.

Mereka mengikat tali pertunangan sekitar akhir Oktober lalu dan bernikah pada 3 Disember 2022.

Sumber: Instagram Da’i Syed



Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI