26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Ibu bapa sudah ‘tiada’ sebulan lalu, anak masih sangka keluar bekerja

Kehilangan ibu bapa sewaktu usia masih begitu kecil sememangnya satu cabarang besar di masa hadapan buatnya. Selain daripada itu, tanggungjawab ahli keluarga untuk menjelaskan hal sebenar kepada si kecil juga merupakan satu cabaran dan dugaan yang harus ditempuh.

Hal ini dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dikenali sebagai Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan dari Felda Lok Heng Selatan apabila masih belum mengetahui bahawa ibu dan bapanya sudah sebulan meninggal dunia akibat kemalangan.

Menerusi laporan dari Kosmo! allahyarham Saidatul Khadijah Mohd. Shahridin dan Muhammad Izwan Mansor telah meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru-Mersing bulan lalu.

Pasangan berkenaan meninggal dunia selepas kenderaan mereka bertembung sewaktu dalam perjalanan pulang dari membuang undi sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut nenek mangsa, Absah Abdullah, 61, cucunya masih menganggap ketiada ibu bapa mereka disebabkan keluar bekerja memandangkan arwah menantunya, Muhammad Izwan Mansor mengikuti pengajian jarak jauh di peringkat ijazah sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.

“Kami cuba jelaskan kepada­nya tetapi dia masih budak lagi dan mungkin tidak mengerti apa yang terjadi kepada ibu bapanya.
“Dia hanya sebut ibu dan ayah work sedangkan kedua mereka telah menghadap Ilahi. Kami juga dapat lihat kesayuan di sebalik wajahnya bila melihat sepupu­nya yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing,” katanya.

316089813 10160189644618972 1430715175279973560 n

Terdahulu, pasangan suami isteri serta anaknya dipercayai menaiki ereta Perodua Alza sebelum bertembung dengan trak pikap jenis Toyota Hilux. Namun, Aulia hanya mengalami cedera ringan walaupun turut berada di dalam kenderaan tersebut.

316213016 6274200282607844 20338713444135363 n

Difahamkan, kanak-kanak itu mengalami kecederaan kaki retak dan hanya disimen sahaja. Dia juga kini dalam proses penyembuhan dan sudah sihat seperti biasa.

“Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.
“Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Doktor sarankan begitu agar membantu proses penyembuhannya,” ujar neneknya.

Sumber: Kosmo! (Masturah Suradi)

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI